Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukar terima kekalahan: Djokovic

Jul 17, 2023 | 4:22 PM
AIR MATA BERGUGURAN: Novak Djokovic tidak dapat menahan emosi selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz.
AIR MATA BERGUGURAN: Novak Djokovic tidak dapat menahan emosi selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz. - Foto REUTERS

LONDON: Novak Djokovic akur kekalahan kepada Carlos Alcaraz sukar diterima, tetapi berkata akan pandang ke depan dan bersiap bagi perlawanan selanjutnya.

Namun, beliau tidak dapat menahan emosi dan air matanya yang berguguran apabila beliau menerima trofi naib juara. Di sisinya, raket yang bengkang-bengkok selepas beliau menghentak raket itu ke tiang jaring sejurus selepas tewas dalam set kelima.

“Memang sakit hati,” katanya selepas harapan untuk memenangi kejuaraan Wimbledon kelapan kecundang di tangan pemain nombor satu dunia, Alcaraz.

Warga Sepanyol itu menewaskan Djokovic 1-6, 7-6 (8-6), 6-1, 3-6, 6-4 untuk memenangi kejuaraan Grand Slam kedua.

Kekalahan Djokovic di Gelanggang Utama itu juga memecah rekod. Djokovic tidak pernah tewas di gelanggang itu sejak 2013 – apabila beliau ditewaskan Andy Murray.

“Sukar bagi saya menerima keputusan ini kerana saya hampir menang. Tapi saya tewas kepada pemain lebih handal dan saya ucapkan tahniah kepadanya. Kini saya perlu melangkah ke hadapan.

Djokovic tidak perlu menanti lama untuk menebus kekalahan ini. Terbuka Amerika Syarikat dijadual berlangsung dalam masa dua bulan.

Beliau juga antara pemain pilihan utama untuk memenangi kejohanan itu dan boleh memenangi Grand Slam ke-24 di sana. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg