Tuchel ambil iktibar positif daripada perlawanan dengan Uruguay
Tuchel ambil iktibar positif daripada perlawanan dengan Uruguay
England, Uruguay seri 1-1; Jerman tewaskan Switzerland 4-3
Mar 28, 2026 | 12:37 PM
Tuchel ambil iktibar positif daripada perlawanan dengan Uruguay
Pemain England, Ben White (dua dari kiri), mengasari pemain Uruguay, Federico Vinas, dalam kotak penalti ketika masa kecederaan, menghadiahkan penalti dan gol kepada Uruguay. - Foto REUTERS
LONDON: Thomas Tuchel berkata beliau kini lebih mengenali pemainnya dan keupayaan pasukan England selepas ia seri 1-1 dengan Uruguay di Wembley dalam satu perlawanan persahabatan pada 27 Mac.
Pemain Arsenal, Ben White, menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-81, tetapi beliau juga yang mengasari Federico Vinas dalam kotak penalti pada masa kecederaan, menyebabkan pengadil memberikan tendangan penalti kepada Uruguay.
Laporan berkaitan
Kane ingin lupakan saat sesia sepakan penalti Piala DuniaOct 16, 2025 | 3:22 PM
England belasah Serbia, Haaland serlah untuk Norway dalam aksi kelayakan Piala DuniaSep 10, 2025 | 3:38 PM
Spence jadi pemain Islam pertama beraksi untuk EnglandSep 10, 2025 | 2:34 PM

