Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ukraine, Poland, Georgia layak ke Euro 2024

Mar 27, 2024 | 02:35 PM



WROCLAW (Poland): Ukraine bangkit selepas ketinggalan dalam separuh masa pertama untuk menewaskan Iceland 2-1 dalam aksi play-off pada 27 Mac, sekali gus melayakkan diri ke Euro 2024 pada Jun.


Iceland, yang mempunyai kurang 400,000 penduduk, berharap untuk kembali beraksi di pentas Euro setelah Albert Gudmundsson menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-30 dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Wroclaw.

Hasrat tersebut bagaimanapun terbantut selepas Ukraine menyamakan kedudukan sembilan minit selepas separuh masa kedua hasil jaringan pemain kelab Girona, Viktor Tsygankov.

Pemain Chelsea, Mykhailo Mudryk, menjadi wira Ukraine setelah beliau berjaya menyumbat gol kemenangan dengan perlawanan berbaki enam minit.

Pencapaian terhebat Ukraine dalam temasya Euro adalah pada edisi 2020 – ia berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Melalui wadah media sosial X, Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata: “Terima kasih semua! Terima kasih pasukan untuk kemenangan penting dan berjaya mara ke Euro.

“Untuk membuktikan sekali lagi bahawa setiap kali rakyat Ukraine menghadapi kesukaran, tetapi (mereka) tidak berputus asa dan terus berjuang, Ukraine pasti menang.”

Jurulatih Ukraine, Serhiy Rebrov, menyatakan kemenangan begitu penting untuk seluruh rakyat Ukraine dan anggota tentera.

“Saya sangat gembira untuk pemain, kerana kedua-dua perlawanan ini sangat sukar dan meresahkan. Sebelum dan selepas perlawanan, kami menyatakan bahawa kemenangan sedemikian adalah untuk rakyat kami, pembela yang mempertahankan kebebasan kami,” tambahnya.

Dalam Euro 2024, Ukraine diletakkan dalam Kumpulan E bersama Belgium, Slovakia dan Romania. Perlawanan kumpulan akan bermula pada 17 Jun.

Di samping itu, Poland turut mengesahkan tempat dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Wales setelah perlawanan seri 0-0 sehingga wisel penamat di Stadium Cardiff City.

Poland berada dalam kumpulan lebih sukar bersama Perancis, Belanda dan Austria dalam Kumpulan D selepas kemenangan itu.

Perlawanan itu menyaksikan pemain Wales, Chris Mepham, dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Penentuan penalti bermula dengan Robert Lewandowski menyempurnakan sepakan pertama Poland.

Sembilan sepakan penalti berjaya lolos daripada kedua-dua pasukan sebelum sepakan Daniel James diselamatkan penjaga gawang Poland, Wojciech Szczesny.

Pengurus Poland, Michal Probierz, menjelaskan: “Ia tidak mudah kerana kami tahu Wales berbahaya apabila bermain di hadapan penyokong sendiri.

“Bagi kami, perkara yang paling penting ialah bermain dengan gaya permainan kami sendiri dan itulah yang telah kami lakukan.

“Kami terlepas peluang membuat lebih banyak sepakan, kami sedar hal itu. Tetapi perkara paling penting ialah melayakkan diri dan hal-hal lain tidak begitu penting lagi pada hari ini.”

Georgia pula melakar sejarah apabila ia mara bagi kejohanan utama buat julung-julung kali sejak negara dengan 3.7 juta penduduk itu mendapat kemerdekaan dari Soviet Union pada 1991.

Pasukan itu menewaskan Greece 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keputusan seri 0-0 pada hujung masa tambahan di Tbilisi.

Ia sekali gus mencetus suasana gembira apabila penyokong menceroboh masuk ke padang di Stadium Boris Paichadze. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >