Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

United belanja paling tinggi bagi pemindahan pemain sepanjang sedekad

Sep 07, 2023 | 11:49 AM



LONDON: Manchester United telah membelanjakan sehingga £1.19 bilion ($2.03 bilion) bagi pemindahan pemain sepanjang sedekad lalu berbanding yang mampu mereka raih semasa menjual pemain, menurut satu kajian.


Sejak 2014 United telah membelanjakan sekitar £1.67 bilion ke atas para pemain baru, dan meraih sekitar £481 juta, kata institut kajian berpangkalan di Switzerland, CIES Football Observatory.

Chelsea berada pada kedudukan kedua dengan perbelanjaan bersih negatif sebanyak £883 juta, disusuli pasukan Perancis, Paris St-Germain dengan £866 juta.

Arsenal (£745 juta) dan Manchester City (£732 juta) melengkapi lima tangga teratas.

Secara keseluruhannya sebanyak 13 pasukan Liga Perdana England (EPL) berada dalam 20 tangga teratas.

Angka-angka dalam kajian itu termasuk bayaran pemindahan tetap, pinjaman bayaran dan sebarang tambahan lain.

Antara pemindahan United yang diingati ialah Paul Pogba berjumlah £89.5 juta pada 2016, Romelu Lukaku (£75 juta) pada 2017 dan Harry Maguire (£80 juta) pada 2019 – bayaran rekod tertinggi bagi seorang pemain pertahanan.

Daripada tiga pemain itu, hanya Maguire yang masih dengan kelab tersebut, sementara Lukaku ke Inter Milan dengan nilai £74 juta pada 2019 –penjualan terbesar United sepanjang 10 tahun lalu – dan Pogba pula meninggalkan kelab itu dengan pemindahan percuma musim lalu selepas kontraknya tamat.

Chelsea pula membelanjakan sekitar £2.25 bilion dan meraih semula £1.37 bilion.

Pasukan yang digelar The Blues itu mempunyai baki negatif sekitar £476 juta pada 2023 – jumlah tertinggi – mencerminkan pelaburan besar yang dibuat pemilik barunya, Todd Boehly, sejak mengambil alih kelab tersebut pada 2022.


Mereka memecahkan rekod pemindahan Britain apabila mendapatkan khidmat pemain midfield Argentina, Enzo Fernandez, dengan nilai £107 juta pada Januari, sebelum membawa masuk pemain midfield Brighton yang berasal dari Ecuador, Moises Caicedo, pada Ogos dengan bayaran dijangka meningkat kepada £115 juta.

Secara keseluruhan, kesemua kelab telah membelanjakan sekitar £10.6 bilion bagi pemindahan pemain pada 2023 sahaja, memecahkan rekod sebelum ini sebanyak £8.5 bilion pada 2019.

Liga dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan bersih negatif tertinggi apabila digabungkan sejak 2014 adalah EPL, dengan nilai mencecah £9.5 bilion.

Di kedudukan kedua adalah Liga Super China dengan £1.14 bilion, meskipun kelab-kelab telah mengawal perbelanjaan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas pelaburan besar ke atas para pemain asing dibuat antara 2015 dengan 208.

Secara berasingan, kelab-kelab Liga Profesional Saudi telah meningkatkan perbelanjaan pemindahan mereka sepanjang 12 bulan lalu menyusuli gesaan pihak berkuasa Saudi untuk menjadikan liganya salah satu yang paling bersaing di dunia.

Ia berada di kedudukan ketiga dalam senarai tersebut dengan perbelanjaan bersih negatif sekitar £1.13 bilion, dengan kerugian £770 juta dicatat pada 2022 sahaja.

Liga dengan perbelanjaan bersih paling positif adalah Liga Primeira Portugal, yang membuat keuntungan sekitar £1.9 bilion ke atas pemindahan pemain.

Benfica sahaja meraih £653 juta, termasuk penjualan Fernandez kepada Chelsea, Joao Felix kepada Athletico Madrid dengan nilai £113 juta dan Darwin Nunez kepada Liverpool sebanyak £85 juta.

CIES Football Laboratory ditubuhkan pada 2005 dengan khusus menganalisis statistik bola sepak.

Ia merupakan sebuah kumpulan kajian dalam Pusat bagi Pembelajaran Sukan Antarabangsa, yang ditubuhkan pada 1995 sebagai kerjasama antara Fifa, Universiti Neuchatel dan bandar Neuchatel di barat laut Switzerland. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >