Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wartawan, usahawan bergabung kendalikan podcast Kaki Bola

Aug 15, 2025 | 5:30 AM
Wartawan BH, Hazman Abdul Aziz, (kanan) dan Farehan Hussein (kiri), bekas pengurus pasukan nasional dan LionsXII, akan membawa tamu-tamu istimewa ke studio Kaki Bola setiap minggu.
Wartawan BH, Hazman Abdul Aziz, (kanan) dan Farehan Hussein (kiri), bekas pengurus pasukan nasional dan LionsXII, akan membawa tamu-tamu istimewa ke studio Kaki Bola setiap minggu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Yang seorang wartawan dan yang seorang lagi usahawan.

Namun yang penting, kededuanya merupakan ‘kaki bola’.

Justeru, bila wartawan Berita Harian, Hazman Abdul Aziz dan pengasas syarikat menjual kereta terpakai, Gynacarlogist, Farehan Hussein, digabungkan, tidak hairanlah bola sepak menjadi topik perbincangan.

Hazman kini merupakan ‘wajah’ bagi podcast terbaru Berita Harian, NoTapis Kaki Bola, yang akan dilancarkan pada Sabtu, 16 Ogos.

Beliau akan mengacarakan podcast tersebut bersama Farehan.

Sebelum berkecimpung dalam dunia perniagaan, Farehan merupakan pengurus bagi pasukan nasional dan LionsXII, yang bertanding dalam Liga Malaysia, dari 2013 hingga 2017.

Beliau juga merupakan pengurus pasukan Singa Legends, pasukan yang dianggotai bekas pemain nasional.

Podcast Kaki Bola ini membincangkan segalanya mengenai bola sepak setempat dan boleh diikuti di semua platform Podcast serta di YouTube dan laman, Berita Harian Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg