Barisan pelanggan yang bertali arus tanpa putus beratur untuk membeli pisang goreng panas di Nur Hidayah & Family adalah gambaran lazim di Pusat Makanan Haig Road.
Pisang goreng kepok manis yang dihiris nipis, ringan dan rangup dinikmati dengan cecahan kicap pedas merupakan keistimewaan Gerai Aziz Pisang Goreng Salai di Blok 138, Tampines Street 11.
TIDAK dipertikaikan, pisang goreng, atau lebih mesra dipanggil goreng pisang, adalah juadah kegemaran kebanyakan orang Melayu yang biasanya dinikmati waktu sarapan atau minum petang.