Barisan pelanggan yang bertali arus tanpa putus beratur untuk membeli pisang goreng panas di Nur Hidayah & Family adalah gambaran lazim di Pusat Makanan Haig Road.
Setiap hari, pekerja gerai Nur Hidayah & Family, Encik Abdul Mutalif Abu Bakar Sidik, memulakan harinya seawal 8 pagi untuk menyediakan adunan dan memotong pisang kepok.
Gerai itu menjual lebih 50 kilogram pisang goreng dalam sehari.
Walaupun menguruskan kedai itu seorang diri, pelanggan tetap sabar menunggu pisang goreng selama 15 minit untuk mendapatkan sebungkus pisang goreng panas.
Dapat dilihat bahawa ramai pelanggan akan memesan beberapa keping pisang goreng selepas makan atau sambil menikmatinya dengan minuman teh panas.
Alamat: Pusat Makanan Haig Road, 14 Haig Road, #01-11
Waktu operasi: 11 pagi hingga 6 petang
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg