Kala hari meredup perlahan
bayang-bayang menghilang
harapan yang dulu
membara kini padam
seperti lilin lebur ditelan malam
hanya tinggal kenangan pilu
menusuk kalbu.
Dalam setiap kita
ada ular sawa
membelit dan menelan
kenyang berhari-hari
tak perlu khuatirkan hari esok
berfikir selagi ada kuasa
rezeki sering menjenguk
hingga ke hujung usia.