Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Restoran hidang ‘shawarma’ hilangkan rindu pelarian Palestin di Kahirah

May 02, 2024 | 05:30 AM



KAHIRAH: Seorang usahawan Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang di Gaza membawa hidangan tempatan untuk rakan pelarian di restoran yang dibukanya di Kahirah.


Restoran yang dinamakan, Hai Al-Rimal Shawerma atau Shawarma, dari kejiranan Rimal menawarkan ‘shawarma’, sejenis hidangan Timur Tengah yang terdiri daripada daging yang dihiris nipis, dan hidangan Palestin dan Arab yang lain.


“Nama itu datang untuk mengabadikan Rimal, kejiranan saya, dan untuk mengabadikan tanah air saya juga,” kata Encik Basem Abu Al-Awn.

“Ia juga bagi menggantikan restoran yang pernah saya buka di Gaza. Dua restoran milik saya selain rumah saya dan rumah saudara-mara saya telah musnah akibat perang,” katanya.

Encik Abu Al-Awn berharap beliau berada di luar Gaza hanya untuk sementara waktu dan bertekad untuk kembali ke wilayah itu sebaik sahaja perang antara Israel dengan Hamas berakhir.

“Saya akan kembali, walaupun saya terpaksa mendirikan khemah berhampiran runtuhan rumah saya. Kami akan kembali ke Gaza dan kami akan membinanya semula,” ujar Encik Abu Al-Awn.

Rimal adalah pusat membeli-belah paling sibuk di Bandar Gaza, dengan bangunan membeli-belah yang besar dan pejabat bank utama sebelum tentera Israel mengebomnya sehingga sebahagian besarnya runtuh.

Ia juga merupakan rumah kepada tempat hidangan ‘shawarma’ yang paling terkenal di Gaza.

“Rasanya sama, ramai memberitahu kami rasanya seolah-olah mereka sedang memakannya di Gaza,” kata pengurus restoran itu, Encik Ahmed Awad.

Rempah-ratus yang digunakan dalam ‘shawarma’ versi Gaza itu adalah unik dan jarang ditemui di Kahirah.

Maka penghargaan ditujukan kepada bapa Encik Awad, yang mencampurkan rempah-ratus untuk memberikan hidangan itu rasa Palestin yang istimewa.

Beribu-ribu rakyat Palestin tiba di Mesir sejak perang bermula Oktober.

Lebih 34,000 rakyat Palestin telah terbunuh oleh serangan Israel yang turut menjadikan sebahagian besar wilayah itu bak padang jarak padang terkukur.

Encik Awad, isteri dan empat anaknya tiba di Kahirah tiga bulan lalu. Beliau pernah bekerja di restoran yang menyediakan masakan timur dan barat.

Walaupun prospek peperangan tidak akan berakhir pada masa terdekat, Encik Awad menggesa rakyat Palestin supaya tidak berputus asa.

“Saya nasihatkan mereka untuk bekerja, dan uruskan kehidupan mereka, rumah dan segala-galanya,” katanya.

“Apabila semuanya (perang) selesai, kami akan pulang ke rumah, bekerja di sana, dan membina semula negara kami.”

Pemimpin Palestin dan Mesir menolak penempatan tetap rakyat Palestin di luar tanah air mereka. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >