Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu Palestin cetus gelombang bantahan di universiti

Protes yang bermula
di Universiti Columbia, perdebatan tentang hak bersuara, campur tangan polis perburuk keadaan
May 06, 2024 | 05:30 AM



NEW YORK: Bantahan terhadap perang di Gaza meletus di kampus Universiti Columbia baru-baru ini dan telah mencetuskan tunjuk perasaan di universiti lain di seluruh Amerika Syarikat.


Pihak berkuasa Amerika bimbang melihatkan tunjuk perasaan yang semakin meningkat.

Para pelajar bukan sahaja menentang tindakan keras melibatkan penguatkuasaan undang-undang tempatan, bahkan menunjukkan kesedaran politik yang semakin meningkat.

Mereka menjadikan universiti terkemuka sebagai tempat tumpuan dunia yang menyaksikan Amerika memberi sokongan kepada Israel.

Ini berlaku di tengah-tengah peperangan yang membawa maut di Gaza, kebebasan bersuara, anti-Yahudi, diskriminasi anti-Muslim – dan sasaran mudah untuk golongan elit politik yang ingin mengetengahkan pendapat mereka.

Sebagai contoh, penggubal undang-undang, termasuk Speaker Dewan Rakyat, Encik Mike Johnson, melawat kampus Columbia.

Demonstrasi semakin rancak selepas kongres membahaskan tentang anti-Yahudi dan anti-Islam.

Bantahan merebak ke seluruh negara, antaranya termasuk di Universiti Yale, Universiti New York (NYU), Universiti Carolina Utara di Chapel Hill, Universiti Miami di Ohio, dan Universiti Temple di Philadelphia.

Di Universiti Columbia, Universiti Yale, Universiti Texas-Austin, Kolej Emerson, Universiti California Selatan dan Universiti New York, ramai pelajar ditangkap.

Sehingga 19 April, lebih 500 orang, termasuk profesor falsafah Noëlle McAfee di Universiti Emory dan penyair dan sarjana disegani, Encik Sinan Antoon dari NYU, telah ditangkap.

Dalam gerakan tunjuk perasaan sebelumnya – termasuk di universiti pada pertengahan abad ke-20, serta demonstrasi terakhir berhubung hak sivil – bantahan di beberapa sekolah, termasuk Universiti Texas, nampaknya semakin meningkat.

Ia sebagai tindak balas terhadap tindakan keras polis ke atas penunjuk perasaan.

Bantahan itu adalah bagi menggesa pihak universiti supaya bebas daripada firma yang mahu mengambil kesempatan daripada perang dan pendudukan Israel di Palestin.

Sengketa lebih enam bulan telah mengakibatkan kematian lebih 34,000 orang di Gaza.

Beberapa kumpulan di universiti yang menjalankan penyelidikan ketenteraan, seperti NYU, turut meminta sekolah mereka agar menamatkan tugas yang menyumbang kepada pembangunan senjata.

Protes pro-Palestin dan pro-Israel telah menjadi ciri yang menonjol di kampus kolej sejak serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel.

Keadaan semakin panas pada Disember, apabila presiden Universiti Harvard, Institut Teknologi Massachusetts (MIT), dan Universiti Pennsylvania memberikan keterangan kontroversi, di hadapan Kongres tentang anti-Yahudi di kampus, dalam bentuk nyata dan hipotesis.

Menurut agensi berita, ketegangan kembali memuncak baru-baru ini selepas presiden Universiti Columbia, Cik Nemat Shafik, memberikan keterangan di kongres berhubung tumpuan pada “melawan anti-Yahudi daripada melindungi kebebasan bersuara”.

Pelajar mendirikan khemah di pekarangan utama Universiti Columbia, bagi menunjukkan perpaduan dengan Gaza.

Kemudian Cik Nemat mengambil langkah kontroversi, memanggil polis untuk menangkap mereka yang terlibat.

Langkah itu dipertikaikan kerana ia mengganggu pelajar di Universiti Columbia khususnya. Ia turut mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang awam yang menyaksikannya di tempat kejadian serta di media sosial.

Kontroversi di Universiti Columbia dan kampus lain menggambarkan bagaimana universiti cuba menegakkan dua komitmen mereka – kebebasan bersuara dan melindungi pelajar – apabila lebih ramai anak muda bersimpati dengan perjuangan Palestin, berbanding dengan pemerintah Israel.

Kebimbangan tentang anti-Yahudi semasa diadakan bantuan (kerap dikaitkan dengan pelajar, tetapi sebahagian besarnya dilakukan oleh orang luar) turut menarik perhatian negara.

Sedang hal ini berlaku, Universiti Columbia mengadakan pembelajaran jarak jauh pada 22 April – yang juga merupakan hari pertama perayaan Paskah Yahudi.

“Memanggil polis ke kampus adalah pelanggaran budaya kolej atau universiti,” kata Cik Donna Lieberman, Pengarah Eksekutif, Kesatuan Kebebasan Awam New York, yang mewakili pelajar Universiti Columbia yang ditangkap, kepada berita Vox.


“Untuk berbuat demikian sebagai tindak balas kepada bantahan pelajar tanpa kekerasan, adalah di luar batas, dan ia benar-benar menjejas kedudukan universiti di mata sebilangan besar penduduk, sebagai tempat dialog dan perdebatan yang bebas, terbuka dan mantap.”

Apakah sebenarnya yang berlaku di kampus?

Semuanya bermula di Universiti Columbia, yang menyaksikan pelajar mendirikan lebih 50 khemah di pekarangan universiti itu, dalam apa yang mereka panggil ‘Zon Terbebas’ pada 17 April.

Tetapi khemah itu hanya bertahan kira-kira satu setengah hari, apabila Cik Nemat campur tangan, kerana menganggapnya mengganggu keamanan di kampus.

Polis tiba dan menangkap lebih 100 penunjuk perasaan, dengan tangan mereka diikat. Beberapa tenaga pengajar diberhentikan dan diusir dari penginapan pelajar.

Melarang pelajar melakukan tunjuk perasaan secara aman dan menghalang mereka daripada memasuki kampus, adalah suatu tindakan yang dianggap “melampau” jika dilakukan sesuka hati.

Tindakan memanggil polis supaya menangani aksi tunjuk perasaan seharusnya dibuat sebagai huraian terakhir sekiranya keadaan sudah tidak terkawal. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >