Tua tetapi masih aktif – melakukan pelbagai jenis sukan dan riadah.

Gambar-gambar mempamerkan warga emas berusia 60 tahun ke atas menikmati kehidupan pada tahun-tahun senja, mentakrif semula erti menua – daripada menjadi jurulatih bagi pasukan paralimpik negara, kepada pengumpul barang mainan, dan malah ada yang jadi pelakon, kembali ke sekolah atau bernyanyi di majlis walimah.