Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Fesyen pantas: Antara trend yang bahaya terhadap kesihatan

Trend sebegini boleh mudaratkan pengguna
Mar 17, 2024 | 05:30 AM



NAOMI BRAITHWAITE


Unsur berbahaya bagi sesetengah barangan fesyen sudah lama wujud dalam sejarah – daripada kasut tinggi hingga korset yang terlalu ketat. Namun, trend membahayakan kesihatan ini bukan sahaja terjadi pada masa lalu.

Fesyen pantas, atau istilahnya dalam bahasa Inggeris fast fashion – membuat dan menjual pakaian murah dengan jangka hayat pendek pada jumlah besar – merupakan fenomena popular hari ini.


Malah, pada 2023, Kesatuan Eropah (EU) cuba membanteras “pengeluaran dan pembelian berlebihan pakaian dan kasut” supaya pakaian menjadi lebih mampan dan boleh mengurangkan eksploitasi pekerja.

Fesyen pantas mungkin murah, tetapi kos persekitarannya mahal.

Ia telah mengakibatkan kesan ekologi yang memudaratkan dengan citarasa pengguna terhadap pakaian trend pakai buang – dan turut memberi kesan terhadap kesihatan manusia. Tetapi, pakaian toksik merupakan satu bahaya yang kurang dilaporkan kian pengguna menggemari fesyen pantas.

Pakaian yang berpatutan dan mengikut trend selalunya diperbuat daripada bahan-bahan sintetik yang boleh merengsakan kulit.

Tetapi pakaian fesyen juga mengandungi kimia toksik seperti PFAS (kimia sintetik yang banyak digunakan dalam produk pengguna, daripada tin pembakar kuih yang tidak melekat hingga pakaian), pewarna sintetik azo, phthalate, iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik, dan formaldehyde, iaitu sejenis gas toksik.


Kira-kira 8,000 kimia sintetik telah digunakan dalam proses pengeluaran fesyen pantas, dengan sisa kekal pada pakaian yang kita beli.

Buku tulisan Alden Wicker pada 2023, To Dye For, mendedahkan penggunaan bahan kimia yang berpotensi berbahaya yang tidak dikawal dan kesannya terhadap kesihatan kita.


Sebagai contoh, pewarna azo yang dihadkan di EU, boleh meresap ke dalam kulit, mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang dilaporkan.


Terdapat juga perkara lain yang mungkin membahayakan di dalam almari pakaian anda.

Kasut sukan jenis trainer dan sneaker


Kasut trainer telah menjadi kasut paling popular sejak abad ke-21, melangkaui sempadan fesyen jantina, bangsa dan usia.


Trend gaya sukan – didorong oleh gabungan jenama bersama bintang pop dan hip hop seperti Beyonce dan Rihanna, dan Kanye West yang telah menghasilkan barisan Adidas Yeezy dengan berjaya sebelum beliau terlibat dalam skandal – telah meningkatkan permintaan pengguna untuk kasut yang kededuanya selesa dan mempunyai status pemujaan.


Ini adalah satu trend yang menunjukkan bahawa ia akan kekal popular:

Menurut ramalan, industri kasut sneaker global bernilai AS$100 bilion ($133 bilion) menjelang 2026.


Tetapi adakah salah menilai keselesaan serta gaya?

Sebagai contoh, memakai kasut trainer terlalu kerap boleh mengakibatkan postur kaki yang lemah dan kaki melebar, satu keadaan yang mustahil untuk dikembalikan pada keadaan kaki asal.


Trend untuk kasut platform trainer – sejenis kasut sukan bertapak tebal – juga mengakibatkan masalah sama. Gaya ini membuat kaki lenguh.


Kasut sneaker stoking – kasut yang kelihatan tebal, biasanya dengan stoking berwarna-warni dengan tapak getah – besar kemungkinan menyebabkan buku lali terseliuh.


Pilihan kasut paling baik adalah kasut trainer olahraga yang direka bentuk untuk menawarkan kesesuaian yang menyokong.


‘Pelatih pinggang’

‘Pelatih pinggang’, yang dipopularkan oleh selebriti Kim Kardashian, serupa dengan korset dan bengkung.

Ia direka untuk melangsingkan bahagian pinggang pemakai supaya ramping seperti dipaparkan dalam TikTok – untuk mencipta ilusi pinggang yang kecil dan menonjol.

Disokong oleh selebriti berpengaruh seperti Nicki Minaj dan Kylie Jenner, pelatih pinggang, jika dipakai dalam tempoh yang panjang, mungkin boleh membantu mendapatkan pinggang ramping seperti jam pasir buat sementara.

Seperti korset, ‘pelatih pinggang’ itu menawarkan beberapa manfaat – ia mungkin membantu memperbaiki postur badan, misalnya.

‘Pelatih pinggang’ dan pakaian yang serupa juga boleh menampakkan penurunan berat badan yang ketara.

Tetapi penurunan berat badan daripada memakai ‘pelatih’ sedemikian besar kemungkinan akibat kehilangan air melalui peluh dan atrophy otot – otot-otot di bahagian badan utama kurang digunakan semasa memakai ‘pelatih pinggang’ – maka penggunaan jangka panjang boleh mengakibatkan pembaziran otot.


Juga, tekanan di pinggang dan organ dalaman boleh menyebabkan kehilangan selera.

Justeru, ia tidak mengejutkan jika pengguna mengalami masalah gastrosus seperti refluks asid dan, dalam kes lebih teruk, tekanan pada diafragma boleh menyebabkan masalah pernafasan.


Tambahan lagi, pengguna ‘pelatih pinggang’ dan korset mungkin mengalami risiko pengsan akibat kekurangan oksigen.

Terdapat juga kes yang dilaporkan tentang seorang wanita yang mengalami keadaan iskemia akut – kekurangan aliran darah ke satu-satu bahagian tubuh disebabkan oleh penyekatan saluran darah pembekal – di bahagian bawah anggota badan (keadaan serius yang biasanya disebabkan oleh pembekuan darah) selepas memakai ‘pelatih pinggang’ – walaupun hasil kesihatan yang melampau seperti itu jarang berlaku.

Walaupun potensi risiko kesihatan semasa memakai ‘pelatih pinggang’ tampil tinggi, satu kajian dalam Jurnal Antarabangsa Ginekologi dan Obstetrik mendapati wanita yang memakai ‘pelatih pinggang’ selepas bersalin secara pembedahan Caesarean berasa kurang sakit.

Anting-anting berat

Trend fesyen ‘mob wife’ dengan penampilan aksesori menarik perhatian seperti kot bulu, corak harimau bintang dan barang kemas emas berat dan tebal, juga telah mempopularkan anting-anting yang berat.


Tetapi, memakai anting-anting berat secara kerap dan lama boleh memanjang dan menipiskan cuping telinga dan dalam kes ekstrem, boleh menyebabkan bahagian cuping itu terbelah.

Untuk memperbaiki kerosakan akibat memakai anting-anting terlalu berat atau besar, pembedahan cuping merupakan salah satu trend pembedahan plastik yang biasa dilakukan.

Tetapi, anda bukan sahaja perlu bimbang tentang anting-anting berat.

Anting-anting jenis gelung nipis yang besar, walaupun, tampil ringan, boleh tersangkut pada rambut dan pakaian.

Pada 2023, ada video seorang wanita menunjukkan cuping telinganya koyak akibat gelung anting-anting besar. Video itu menjadi viral dan mendapat lebih 1.3 juta tontonan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >