Garis panduan Tafep mampu lindungi kebajikan asatizah bebas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Garis panduan Tafep mampu lindungi kebajikan asatizah bebas

Jan 22, 2026 | 11:25 AM

Garis panduan Tafep mampu lindungi kebajikan asatizah bebas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Salah satu inisiatif Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) menyediakan garis panduan bagi pengambilan pekerja bebas, dilancarkan pada 2018.
Salah satu inisiatif Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) menyediakan garis panduan bagi pengambilan pekerja bebas, dilancarkan pada 2018. - Foto ZB

Merujuk kepada laporan Berita Harian pada 18 Januari 2026 yang bertajuk, Muis: Perlu perjanjian rasmi antara masjid, asatizah; semak kes libatkan kelas Ustazah Shameem, saranan tersebut sememangnya wajar disokong sepenuhnya.

Langkah ini amat penting bagi memastikan kebajikan dan profesionalisme golongan asatizah kita sentiasa terpelihara dalam landskap pekerjaan yang dinamik.

Dalam hal ini, perhatian perlu diberikan kepada salah satu inisiatif Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (Tafep) yang telah menyediakan garis panduan bagi pengambilan pekerja bebas yang dilancarkan pada 2018.

Garis panduan itu melakarkan syarat-syarat utama penglibatan yang boleh digunakan sebagai dokumen kontrak rasmi antara pekerja bebas dan klien.

Antara perkara penting yang disarankan termasuk perincian hasil kerja dan pembayaran yuran, variasi syarat-syarat kontrak, serta prosedur penamatan atau penangguhan tugas.

Malah, aspek penyelesaian pertikaian dan persetujuan syarat tambahan juga perlu demi kebaikan serta keadilan kedua-dua pihak.

Sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times pada 16 Februari 2024, lebih 2,600 syarikat telah memanfaatkan garis panduan ini dalam menguruskan pekerja bebas mereka.

Persatuan Instruktor dan Jurulatih Nasional (Nica) yang mempunyai lebih 3,000 anggota juga amat mengesyorkan agar instruktor dan jurulatih memanfaatkan kontrak dan garis panduan ini sebagai langkah perlindungan dan keselamatan seandainya ada permasalahan dan pertikaian antara mereka dengan klien.

Nica merupakan persatuan di bawah naungan Unit Pekerja Sambilan dan Bekerja Sendiri (UFSE) NTUC.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat, terutama kepada asatizah, sektor lain yang berkaitan dan bagi mereka yang bekerja bebas dan bekerja sendiri.

FIROZE ISMAIL

Kirimkan pandangan anda ke: bhnews@sph.com.sg dengan tajuk e-mel ‘Sumbangan Pembaca’.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg