Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih $619,000 saman tertunggak pemandu asing diperoleh dalam operasi 3 hari

Oct 17, 2025 | 7:22 PM
saman tertunggak, pemandu asing, singapura
Seorang pegawai Polis Trafik (TP) dilihat berbicara dengan dua pemandu mengenai saman tertunggak mereka. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

Lebih $619,000 saman tertunggak diperoleh daripada 241 pemandu asing di pusat pemeriksaan sempadan darat dari 6 hingga 8 Oktober.

Menurut kenyataan bersama enam agensi pemerintah Singapura pada 17 Oktober, pemandu yang melakukan kesalahan telah ditahan dan diminta menjelaskan denda mereka bagi kesalahan kenderaan dan lalu lintas semasa memasuki Singapura.

Operasi tersebut diketuai Polis Trafik (TP) dengan sokongan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Agensi-agensi berkenaan menyatakan pihak berkuasa di sini kerap menjalankan operasi terhadap pemandu yang melakukan kesalahan tetapi gagal menjelaskan denda mereka.

Mereka menambah pemandu asing yang mempunyai saman tertunggak bagi kesalahan trafik, meletak kenderaan atau pengeluaran asap kenderaan boleh dilarang masuk ke Singapura.

Pemandu asing boleh memeriksa sama ada mereka mempunyai saman tertunggak di laman web, www.axs.com.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg