Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Panduan bagi introvert jalin rangkaian

Sep 17, 2023 | 05:31 AM



Kehidupan korporat boleh menimbulkan beberapa detik tekanan – seperti ketika membawa berita buruk kepada bos anda, menghadapi panel temu duga, membuat penyampaian penting.

Namun, ada beberapa perkara yang lebih buruk daripada menjalin rangkaian jika anda seorang introvert (orang yang bersifat menumpukan perhatian pada diri sendiri dan tidak suka bergaul).


Anda tiba di acara dan mendapati bahawa semua orang nampaknya sudah mengenali satu sama lain. Dan kemudian anda melihat lebih dekat dan nampak orang introvert seperti anda – membaca maklumat persidangan; sibuk membaca e-mel pada telefon mereka lebih daripada di pejabat; tak berhenti berlegar-legar dalam bilik, seperti kepingan plastik terapung di lautan yang menanti masa tersangkut pada sesuatu; mengambil tempat duduk di dewan utama sedang jurutera audio masih menguji mikrofon.

Mujur, ada nasihat tentang cara menghilang rasa kekok dengan orang yang tidak dikenali. Malangnya, ia tidak begitu baik untuk introvert.

Ada pendeta yang menganjurkan supaya bertegur sapa semasa beratur, kerana lebih mudah untuk bercakap dengan orang di hadapan dan di belakang anda. Anda sepatutnya menegur orang di tangga gerak, di dalam tandas, dan dalam barisan beratur untuk mendapatkan teg nama anda.

Ketika sedang beratur untuk mengambil kopi, buka peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan jualan dengan menyatakan “sedang siap-siap untuk ucaptama?”

Dan macam-macam lagi.

Jangan takut-takut untuk tergelak, kerana tiada apa yang menghilangkan rasa tegang semasa dalam bilik seperti seseorang yang tidak boleh berhenti tergelak. Kongsi maklumat peribadi ke dalam perbualan, supaya orang tidak menyangka anda berada di persidangan mengenai perisian pengurusan perbendaharaan hanya untuk keuntungan komersial. Sebut nama teman bual anda dua kali, supaya kelihatan seperti anda benar-benar seronok berbual. Dan ambil perhatian apa yang dibualkan supaya anda boleh membuat perbualan susulan dengannya.

Tambahkan bahan ramuan ini, dan anda mempunyai resipi untuk berjaya:

“Bersiap-siap untuk ucaptama?”

“Apa?”

“Bersiap-siap untuk ucaptama?”

“Saya tidak tahu apa maksudnya.”

(Lihat lencana nama) “Keith, ya?”

“Er, ya.”

(Ketawa) “Saya bakal timang anak, Keith.”

“Keith?”

(Keluarkan buku nota)

Kalau beginilah caranya seseorang menjalin rangkaian, tidak hairanlah jika orang ramai masuk dewan utama lebih awal.

Membuat kenalan di laman seperti LinkedIn kurang tekanannya – tidak perlu menatap mata, dan peraturannya dipersetujui. Dan semua permintaan perkenalan kelihatan untuk membantu kerjaya.

Satu kertas kerja yang diterbitkan tahun lalu oleh Dr Karthik Rajkumar dari LinkedIn dan pengarang bersama dari akademia menemui bukti empirikal mengenai semua jenis jalinan rangkaian – oleh kerana ia membawa anda maklumat baharu, hubungan yang lebih jarang dan jauh (atau “hubungan lemah”) adalah lebih berguna daripada kenalan rapat.

Para penyelidik secara rambang menukar syor algoritma “Orang Yang Mungkin Anda Kenal” yang ditunjukkan LinkedIn kepada penggunanya, supaya kelaziman hubungan kenalan yang lebih lemah dan lebih kuat berbeza-beza dalam kalangan orang di laman itu.

Eksperimen menunjukkan bahawa hubungan yang lebih lemah (di mana sepasang pengguna hanya mempunyai seorang rakan yang sama-sama dikenali, katakan) lebih berkemungkinan membawa kepada permohonan kerja dan perpindahan kerja berbanding orang yang mempunyai 25 rakan bersama atau lebih.

Ini kedengaran seperti ‘nirwana’ (tahap kenikmatan dalam agama Buddha) untuk introvert: Mula menghantar mesej kepada semua orang dengan permintaan hubungan, tutup pintu pejabat dan tunggu tawaran kerja.

Tetapi ia tidak semudah itu.

Ikatan yang lemah pun perlu dijaga.

Malah dalam talian, berinteraksi dengan orang adalah lebih mudah jika anda mendapati ia memberi tenaga; kajian berasaskan tinjauan LinkedIn, oleh Dr Joanna Davis dari Kolej Augustana dan pengarang bersamanya, mendapati bahawa ekstroversi – sifat orang yang suka ambil tahu tentang hal yang berlaku di sekitar dan suka bergaul – adalah peramal keupayaan menjalin rangkaian.

Tidak ada cara tulen yang benar-benar tidak menyakitkan bagi introvert menjalin rangkaian.

Namun, wujud kaedah lebih bijak untuk melakukannya daripada berdiri dalam barisan dan berharap individu yang tidak tahu cara menggunakan mesin kopi adalah tiket kejayaan kerjaya anda.

Rahsia sebenar adalah menjimatkan tenaga anda untuk orang yang paling mungkin menarik minat anda.

Dalam alam dalam talian, sebagai contoh, kajian Dr Rajkumar tidak mendapati bahawa semakin lemah hubungan, semakin baik keadaannya.

Titik optimum dalam menjalin rangkaian di LinkedIn ialah seseorang yang mempunyai hubungan lemah secara sederhana dengan anda: Berhubung dengan seseorang yang mempunyai 10 rakan yang dikenali bersama dengan ketara meningkatkan kemungkinan bertukar pekerjaan berbanding dengan seseorang yang hanya mempunyai seorang rakan dikenali bersama.

Dalam erti kata lain, usaha menjalin rangkaian mendatangkan hasil jika anda boleh mengenal pasti orang yang boleh memberi anda maklumat baharu tetapi cukup dekat dengan dunia anda sehingga maklumat ini berguna.

Dalam dunia luar talian, alat seperti ChatGPT seharusnya memudahkan anda mencari prospek yang berguna dalam senarai peserta acara.

Tetapi anda masih perlu mengatasi semua naluri anda dan mendekati mereka.

Laporan akhbar The Economist ini telah diterbitkan The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >