Dua perkembangan berhubung keharmonian menggambarkan Singapura terus berada dalam landasan yang betul dalam mempertingkat perpaduan dan keharmonian antara kaum. Pertama, Undang-Undang Mengekalkan Keharmonian Kaum – yang memperkukuh undang-undang yang ada dan menyediakan perlindungan tambahan – telah diluluskan Parlimen baru-baru ini.

Berkaitan dengannya, dapatan tinjauan berhubung Keharmonian Kaum dan Agama memberi gambaran perpaduan sosial yang lebih positif – perpaduan dan keharmonian yang semakin utuh.