Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Usaha pupuk integrasi perlu ikhtiar warga S’pura, asing

Jul 02, 2023 | 05:30 AM



Dalam negara kecil Singapura, perpaduan antara kumpulan etnik berbeza begitu penting, malah tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan kunci utama kejayaan berterusan Kota Singa ini.

Perpaduan tersebut merupakan mangkin bagi kestabilan sosial, ekonomi dan politik yang membezakan Singapura daripada negara lain di dalam dan luar rantau ini, lebih-lebih lagi dalam landskap geopolitik yang semakin bergelora.

Justeru, sedang negara ini mengambil berat perpaduan, integrasi dan keharmonian antara kaum utama di sini, Presiden Halimah Yacob juga menegaskan pentingnya usaha integrasi warga asing yang menjadikan pulau ini kediaman mereka diteliti semula.

Beliau menarik perhatian, sebahagian golongan tersebut tidak melihat keperluan untuk bergaul dan berintegrasi dengan warga tempatan kerana mereka selesa dengan kumpulan sosial mereka sendiri, yang berasal dari negara dan latar belakang yang sama.

Presiden Halimah berkata demikian dalam ucapannya di majlis jamuan malam sempena menyambut ulang tahun ke-35 Institut Kajian Dasar (IPS) baru-baru ini.

Hakikatnya, sejak sekian lama Singapura telah menjadi tujuan ramai pendatang asing.

Namun, dalam tahun-tahun awal itu, pendatang asing ke sini mempunyai sikap yang berbeza. Mereka menghargai peluang mencari rezeki dan kehidupan baru di Kota Singa ini, sekali gus amat terbuka untuk bergaul dan berintegrasi dengan masyarakat utama di negara ini.

Malangnya, sebahagian pendatang hari ini melihat keadaan diri mereka sebagai sebaliknya. Mereka yang datang dari kumpulan ‘elit global’ melihat Singapura sebagai salah satu daripada beberapa destinasi yang boleh mereka pilih.

Kemahiran dan pendidikan tinggi yang mereka miliki juga meningkatkan mobiliti mereka sebagai ‘warga dunia’. Bagi sebilangan pendatang terdapat mentaliti ‘kami lebih baik’ daripada warga tempatan.

Keadaan ini perlu menjadi pertimbangan sedang Singapura mencorak dasar kepelbagaian kaum yang merupakan tonggak  perpaduan dan kestabilan negara ini.

Di Singapura Majlis Integrasi Nasional (NIC), yang ditubuhkan pada April 2009, memainkan peranan tersebut.

Majlis itu bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menggalak dan menyediakan peluang bagi pergaulan antara warga setempat dan pendatang asing.

Hakikatnya, usaha integrasi ini memerlukan ikhtiar kededua pihak – warga asing dan warga Singapura. Ia tidak akan berjaya jika hanya satu pihak sahaja yang bertepuk.

Warga Singapura harus terus terbuka menerima pendatang asing ini sebagai sebahagian daripada kita, dan menjalin hubungan bermakna di tempat kerja, di sekolah dan di tempat tinggal yang kita kongsi bersama.

Pada masa sama, pendatang ke sini juga perlu menerima kenyataan bahawa sedang mereka menambah nilai kepada ekonomi negara, masyarakat Singapura yang bersatu padu, stabil dan harmoni yang menjadi mangkin kerancakan ekonomi negara ini.

Dengan kesedaran itu, mereka harus memainkan peranan dalam memperjuangkan perpaduan masyarakat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >