Jika terdapat satu tempoh waktu yang mendesak seluruh rakyat meningkatkan kemahiran dengan pantas, terutama dalam bidang digital, ia adalah pandemik Covid-19 yang kini hanya tinggal kenangan suram.

Namun, tempoh itu memberi kita pengajaran yang amat berharga tentang kesiapsiagaan kemahiran.