Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Memahami CPF:Semudah 1, 2, 3 (Siri 7)

Asas-Asas CPF (Bah 2)

Tiga perkara yang anda harus tahu tentang CPF anda apabila mencapai usia 55 tahun
Mar 18, 2017 | 09:00 AM



1. Simpanan daripada Akaun Khas dan Akaun Biasa anda akan dipindahkan ke Akaun Persaraan anda, yang akan ditubuhkan pada usia 55 tahun untuk membentuk jumlah persaraan anda. Jumlah persaraan anda akan memberikan anda pendapatan bulanan pada usia senja, mulai usia kelayakan bayaran anda*. 



* Usia kelayakan bayaran (PEA) merujuk kepada usia anda boleh mula menerima bayaran bulanan anda daripada CPF LIFE atau Skim Jumlah Persaraan. PEA buat masa ini adalah 64 tahun dan adalah 65 tahun mulai 2018.

2. Anda akan meraih faedah tambahan 1% bagi $30,000 pertama daripada baki gabungan CPF anda (dengan sehingga $20,000 daripada Akaun Biasa). Ini bermakna anda akan menikmati faedah tambahan sejumlah $300** setahun.


** dengan anggapan anda mempunyai sekurang-kurangnya $30,000 dalam baki gabungan anda.



3. Anda kini boleh mencarum sehingga Jumlah Persaraan Dipertingkat (ERS). Anda berlayak menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 apabila anda mencarum sehingga Jumlah Persaraan Penuh bagi masa ini. Caruman wang tunai yang melebihi Jumlah Persaraan Penuh bagi masa ini tidak layak menikmati pelepasan cukai.



Jumlah Persaraan Pada Usia 55 tahun



A. Pembayaran dari usia 65 tahun

Untuk $700 – $750  
sebulan sepanjang hayat



Jumlah Persaraan Asas: $83,000



B. Pembayaran dari usia 65 tahun

Untuk
$1,280 - $1,380 sebulan sepanjang hayat



Jumlah Persaraan Penuh: $166,000 



C. Pembayaran dari usia 65 tahun
untuk $1,860 - $2,000 sebulan sepanjang hayat



Jumlah Persaraan Dipertingkat: $249,000



* Jumlah Persaraan bagi anggota yang mencapai usia 55 tahun mulai Jan 2017. Jumlah bayaran adalah anggaran, berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE dan dikira pada 2017.

• Wang persaraan anda dan jumlah pembayaran berkaitan yang boleh anda terima adalah sebarang jumlah dalam anggaran ini.



Lembaga CPF akan menghantar surat kepada anda beberapa bulan sebelum anda mencapai 55 tahun untuk menjelaskan tentang pilihan anda. Anda juga boleh mendaftar bagi Perkhidmatan Perancangan Persaraan CPF secara bersemuka.




 SOALAN ANDA, JAWAPAN KAMI

 





SOALAN: Berapakah jumlah wang yang boleh saya keluarkan daripada CPF pada usia 55 tahun?



JAWAPAN: Selepas mengenepikan Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Asas dengan cagaran hartanah yang mencukupi, anda boleh memilih untuk mengeluarkan baki CPF daripada Akaun Biasa, Akaun Khas dan Akaun Persaraan anda (ini tidak termasuk wang caruman, geran pemerintah dan faedah yang diraih dalam Akaun Persaraan anda). Anda masih boleh mengeluarkan sehingga $5,000 daripada simpanan Akaun Biasa dan Akaun Khas anda walaupun anda tidak berupaya mengenepikan Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Asas anda dengan cagaran hartanah yang mencukupi.


Harus diingatkan bahawa pengeluaran wang yang anda lakukan boleh menjejas pembayaran anda pada masa hadapan.





SOALAN: Saya telah menggunakan simpanan Akaun Biasa saya untuk rumah. Bagaimana jika saya tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk Akaun Persaraan saya?



JAWAPAN: Anda tidak perlu mencarum wang jika anda tidak memenuhi Jumlah Persaraan Asas, Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Dipertingkat. Bayaran persaraan anda bergantung kepada jumlah wang yang anda miliki. Jika anda terus bekerja selepas usia 55 tahun, anda boleh memindahkan caruman CPF baru kepada Akaun Persaraan anda. Anda juga boleh mencarum kepada Akaun Persaraan anda dengan wang tunai atau meminta anak-anak anda mencarum untuk anda dengan wang tunai atau simpanan CPF mereka.



SERTAI KUIZ KAMI!

10 baucar $50 NTUC untuk direbut setiap minggu!



SOALAN PERADUAN: Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengembangkan lagi simpanan CPF saya apabila saya mencapai usia 55 tahun?



A Mencarum kepada Akaun Persaraan saya

B Mengeluarkan simpanan CPF saya



Hantarkan jawapan anda ke contest.sph.com.sg/cpf7 atau poskan penyertaan anda (termasuk jawapan, nama, nombor telefon & nombor kad pengenalan (NRIC) anda –  4 angka terakhir + huruf abjad) ke: CPF7 – Locked Bag 002, MacPherson Road Post Office, Singapura 913486.



Tarikh tutup: 26 Mac 2017 



Syarat & Peraturan: Semua penyertaan yang betul layak bagi cabutan bertuah pada 21 April 2017, 10 pagi di lobi SPH News Centre. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon / pos. Tertakluk kepada terma dan syarat lain yang boleh didapati di http://contest.sph.com.sg/terms&conditions.

 

Dibawakan kepada anda oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB)



Sila klik Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4Siri 5 dan Siri 6 untuk Fahami CPF: Semudah 1, 2, 3



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >