Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Perjalanan' SMRT ambil kira mutu khidmat, kepelbagaian bakat

Pengerusi SMRT Seah Moon Ming berkata barisan pemimpin, kakitangan rentas jantina, kaum dipilih atas dasar kecekapan, daya sumbang
Feb 19, 2023 | 05:30 AM



SMRT Corporation menitikberatkan keupayaan serta kepelbagaian dalam usahanya menarik bakat demi membawa syarikat pengendali pengangkutan awam itu ke tahap lebih tinggi, kata Pengerusi SMRT Encik Seah Moon Ming.



Kepelbagaian merentas amalan mencari bakat terbaik tanpa mengira kaum, jantina dan usia, kata beliau.



Sekitar 20 peratus lembaga pengarah SMRT merupakan wanita.



Dalam kalangan kakitangan SMRT pula, ada wanita yang memegang jawatan kanan seperti ketua guaman, kewangan dan perhubungan.



"Kami melayan semua orang secara rata dan saksama... kakitangan wanita turut memegang jawatan utama.



"Jika kita hanya berbual dan tidak memberikan jawatan yang penting kepada mereka, apa maknanya?



"Kita mesti memastikan wanita juga dapat maju dalam kerjaya mereka dan mereka dapat dinaikkan pangkat tanpa sebarang had, jika tidak, tiada guna berbincang tentang kepelbagaian," ujar Encik Seah.



Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Berita Minggu.



Ia diadakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan akhbar ini untuk memaparkan kepelbagaian di tempat kerja.



Turut hadir di wawancara itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRT, Encik Ngien Hoon Ping.



Mengulas tentang peranan wanita di SMRT, Encik Ngien berkata banyak tugas kejuruteraan SMRT dipegang kaum Hawa.



"Kami melihat kekuatan setiap individu. Semestinya, ada tugas yang memerlukan tenaga kasar yang mungkin bukan kekuatan jurutera wanita kami, pun begitu, kami akan melihat bagaimana dapat menyesuaikan tugas itu menggunakan peralatan yang ada," jelas Encik Ngien.



SMRT turut memberi peluang kepada kakitangan yang berkebolehan, tanpa kira kaum.



Encik Seah misalnya memberi contoh beberapa pemimpin Melayu dalam syarikat tersebut yang masing-masing memikul tanggungjawab berat.



Pengarah Urusan SMRT Laluan Thomson-East Coast (TEL), Encik Shahrin Abdol Salam, misalnya, dipilih menyandang jawatan tersebut disebabkan kebolehan dan rekod prestasinya.



"Beliau mempunyai rekod prestasi yang padu," kata Encik Seah.



Encik Shahrin antara lain mempengerusikan jawatankuasa Kereta Api Bandar Asia-Pasifik UITP dan sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Rel di Dubai.



Seorang lagi ialah Encik Abu Bakar Mohd Nor, yang menyandang jawatan sebagai Pengarah SMRT Corporation Ltd.



Encik Abu Bakar turut memainkan peranan penting dalam lembaga pengarah RTS Operations yang memantau pembinaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.



"Beliau dapat memahami budaya orang Melayu Malaysia serta nuansa mereka," kata Encik Seah.



Terdapat juga karyawan rel seperti Encik Zahrin Abdul Gani yang bertugas sebagai Pengarah Projek RTS Operations.



Selain itu Encik Seah turut mengetengahkan Cik Moliah Hashim, Pengarah SMRT yang menyumbang kepakaran memperkukuh dasar sumber insan dan latihan SMRT.



Selain kepelbagaian, wawancara bersama kededua pemimpin SMRT itu turut menyentuh usaha syarikat itu membangunkan bakat muda dengan membimbing pelajar institut pengajian tinggi, falsafah mengejar pembaikan berterusan dan usaha memberi ganjaran kepada pekerja yang menyumbang kepada syarikat.



Laporan lanjut: Perjalanan SMRT bantu pekerja cemerlang


Laporan berkaitan:

Pengarah urusan baru SMRT TEL tekad bangunkan aset insan


* Jurutera kanan SMRT TEL teruja bantu luaskan rangkaian rel

Rebut peluang daki tangga ilmu, kerjaya industri rel

Ketua kawalan perlu tangkas atasi gangguan pada sistem MRT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >