Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

‘Rindu’ shopping di pasar, tapi…

Jul 09, 2023 | 05:30 AM



SEMASA baru-baru mendirikan rumah tangga lebih sedekad yang lalu, antara kebiasaan saya dan isteri pada hujung minggu adalah untuk pergi ke pasar atau pasar raya untuk membeli ‘barang dapur’ bagi minggu selanjutnya.

Namun, perkara itu tidak lagi kami lakukan secara kerap.

Sebaliknya kami lebih selesa membeli barang dapur secara dalam talian, amalan yang kami lakukan sejak Covid-19 melanda tiga tahun lalu dan yang kini telah menjadi sebati dengan jadual keluarga kami. 

Tanpa meninggalkan sofa yang selesa dan pada bila-bila masa saja,  kami boleh memilih barangan yang diperlukan, melampirkan baucar elektronik untuk mendapatkan potongan harga, klik ‘beli’ dan barangan akan dikirimkan dalam masa sehari dua.

Berbelanja di dalam talian juga mengosongkan jadual hujung minggu yang boleh digunakan untuk kegiatan lain atau sahaja untuk berehat di rumah.

Saya juga tidak perlu membayar 5 sen untuk membeli beg plastik.

Tapi baru-baru ini saya berasa ada semacam ‘kekosongan’ dalam jiwa yang tidak dapat diisi jadual hujung minggu saya yang padat.

Walaupun saya biasanya bergelut untuk mencari masa lapang pada hujung minggu selepas memenuhi komitmen pada anak-anak dan keluarga, saya rasa saya perlu membiasakan semula amalan ke pasar atau pasar raya.

Usah salah faham, saya tidak rindukan pelanggan yang berpusu-pusu memilih epal atau buah-buahan lain yang tiada kesan ‘lebam’ mengikut piawaian peribadi tertinggi.

Saya juga tidak rindukan kegiatan beratur untuk mendapatkan troli. Entah kenapa, sudah berlaku beberapa kali apabila saya berbuat demikian, setibanya giliran saya untuk mengambil troli, saya mendapati wang syiling yang saya miliki kurang sesuai untuk digunakan dan saya perlu beratur di kaunter lain untuk menukar wang dan menyusuli itu, beratur lagi untuk mendapatkan troli.

Saya juga tidak rindukan perbuatan beratur untuk melunaskan bayaran bagi barangan yang dibeli.

Mungkin, apa yang benar-benar saya rindukan ialah aspek sosial sekitar berbelanja pasar. Saya rindukan kegiatan keluar rumah dan menyertai ‘masyarakat’ pelanggan lain di pasar, termasuk berinteraksi dengan pelanggan dan kakitangan sana.

Bila lagi kita ada peluang berbual dengan orang lain secara rambang tentang harga makanan yang kadangkala turun tetapi biasanya naik? Atau bertemu rakan sekolah yang sudah lama tidak bersua. Malah, kini saya telah menjalin hubungan agak mesra dengan dua tiga pekerja di pasar raya terdekat dengan rumah.

Perkara ini menimbulkan semacam ‘dilema’ bagi diri saya. Saya suka keselesaan membeli-belah di dalam talian, tetapi rindukan aspek sosial membeli-belah di pasar.

Mungkin huraian dilema ‘First World’ ini tidak mudah ditemui, terutama dengan penjualan e-dagang, yang termasuk penjualan barangan di pasar raya secara dalam talian – dijangka mencecah AS$14 bilion ($19.6 bilion) menjelang 2027, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Meta, syarikat yang memiliki Facebook dan Bain & Company.

Malah, Laporan Sync Asia Tenggara itu menyatakan pengguna digital di Asia Tenggara dijangka merangkui 88 peratus penduduknya, atau 402 juta orang, menjelang 2027.

Ia mencadangkan perbuatan membeli-belah di dalam talian bukan hanya akan terus wujud malah akan meningkat dan menjadi kian berleluasa dalam beberapa tahun. Dari sudut pandang ini, huraian untuk mencari keseimbangan antara keselesaan beli-belah di dalam talian dengan aspek sosial yang dipinggirkan, atau perbincangan yang lebih mendalam untuk mencari huraian ini perlu dimulakan.

Namun sementara menunggu, mungkin saya boleh memikirkan secara lebih mendalam sambil duduk di sofa dan membeli-belah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >