Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID JAMAE CHULIA

Belia tidak luntur berbakti di masjid yang masih perlukan dana

Oct 29, 2023 | 06:00 AM



Meskipun perjalanan dari rumah Encik Idris Kuthubudeen ke masjid mengambil masa hampir sejam, semangat ingin menabur bakti tidak pernah pudar daripada sanubarinya. Encik Idris merupakan relawan muda Masjid Jamae Chulia sejak 2019 lagi. Ketika itu, Covid-19 belum lagi melanda negara ini.

Encik Idris, 26 tahun, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa keadaan agak mencabar tiga tahun lalu apabila pandemik melanda dan landskap masjid mula berubah. Ketika itu, beliau membantu dengan pelbagai tugasan, seperti pelaksanaan langkah jarak selamat seperti ‘safe entry’, dan memastikan jemaah sihat apabila memasuki masjid dan penggunaan pelitup muka diperlukan setiap masa.


Ketika bulan Ramadan pula, beliau membantu dengan memastikan penyediaan bubur masjid berjalan lancar serta membantu dalam pengagihan bubur tersebut. Pada setiap bulan pula, beliau dan sukarelawan lain akan menghantar barangan keperluan dapur seperti beras, gula, minyak dan lain-lain lagi kepada penduduk yang memerlukan.

Menurut Jurutera Operasi Pelanggan Pusat Data ini lagi, beliau telah berjinak-jinak dan membantu masjid secara tidak rasmi atau ad-hoc sejak zaman sekolah menengah dan politeknik lagi. Baginya, masjid sentiasa dengan tangan terbuka mengalu-alukan sumbangan belia dan memerlukan tenaga muda agar terus melestarikan masjid di sini.


“Perjalanan sehala dengan menaiki kenderaan awam dari rumah saya di Marsiling, ke Masjid Jamae Chulia terletak di South Bridge Road ini, memang makan masa dalam 45 minit hingga satu jam. Namun saya tidak pernah mengeluh. Ini kerana saya akui, peranan untuk menjadi relawan adalah untuk berkhidmat dengan baik kepada ummah dan semua jemaah. Dan bagi diri saya, ini adalah salah satu cara kita mengumpul pahala dan meraih kebaikan dunia dan akhirat.

“Alhamdulillah, kami semua di masjid ini bak satu keluarga besar dan saling menyokong antara satu dengan lain. Saya juga mengharapkan ramai lagi belia dan anak muda akan terus memakmurkan masjid kerana tenaga mereka amat dihargai. Mereka boleh membantu dan menjadi relawan masjid, tergantung pada kemahiran dan kepakaran yang ada, dan mengikut keselesaan dan jadual mereka sendiri. Menjadi sukarelawan juga mempunyai banyak kelebihan antaranya, menjadikan diri saya lebih empati,” jelas Encik Idris yang masih bujang ini.

Menyentuh tentang kerja naik taraf yang giat dijalankan di Masjid Jamae Chulia sekarang ini, Anggota Bukan Eksekutif ini berasa amat berbesar hati kerana melihat banyak perubahan positif telah berlaku, terutamanya di ruang solat utama, dan tempat mengambil wuduk yang lebih teratur. Pemasangan alat penghawa dingin juga amat dinantikan ramai jemaah di sini.

“Jika dibandingkan Masjid Jamae Chulia terdahulu, memang kita akan berasa dan melihat sendiri banyak perubahan yang berlaku. Sebelum ini, ramai jemaah yang mengeluh tentang bahang kepanasan ketika beribadah dan berada di masjid. Ruang solat kini juga lebih nyaman dan kondusif.

“Dengan pemasangan alat penghawa dingin ini, jemaah kini boleh beribadah dan beriktikaf di masjid dengan tenang. Saya juga mengharapkan orang ramai akan terus menghulurkan sokongan dan bantuan, dengan menderma untuk kemaslahatan masjid yang bersejarah ini,” kata Encik Idris yang akan hadir di Masjid Jamae Chulia, sekurangnya dua kali seminggu.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, pula berkata dana terkumpul setakat ini ialah $1.3 juta. Kerja peningkatan ini pula dianggarkan menelan belanja sehingga $3 juta. Selain itu, projek wakaf dan infak untuk masjid ini juga terus diperluas.

BERIKAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA MASJID JAMAE CHULIA


1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kirim cek atas nama Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >