Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Dukung program korban di masjid S’pura demi bantu yang memerlukan

Jun 12, 2023 | 08:48 PM



OLEH USTAZ HAZIQ YASIN

Meskipun Singapura merupakan negara maju, namun di kalangan kita masih ramai lagi yang memerlukan bantuan.

Bagi golongan ini, Hari Raya Aidiladha merupakan antara masa yang sangat dinanti-nantikan untuk kita sama-sama merasakan kemenangan dan kebesaran Allah serta menunjukkan kesyukuran kepada-Nya.

Hari Raya Aidiladha, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban, juga sering dikaitkan dengan ibadah korban. Bagi mereka yang lebih berkemampuan dan ingin mendekatkan diri dengan memenuhi tuntutan dan perintah Allah swt, agama Islam menganjurkan untuk kita agar melaksanakan ibadah korban.


Allah swt telah mensyariatkan ibadah korban berdasarkan firman Allah swt dalam Surah Al-Kautsar, ayat 2:
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”


Dengan ibadah korban ini, kita mengambil peluang dan mengikuti contoh Nabi saw untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui pengagihan daging korban tersebut. Berkongsi rezeki, melalui perkongsian daging korban bersama mereka yang memerlukan, golongan fakir dan miskin, pekerja hijrah atau migran dan sebagainya, merupakan satu sunnah dalam melaksanakan ibadah ini.


Bila berlakunya korban?


Waktu yang disyariatkan bagi melaksanakan ibadah korban atau penyembelihan binatang itu adalah selepas timbulnya matahari pada hari penyembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah (Hari Raya Haji).

Ia boleh dilaksanakan selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat Aidiladha) dan waktu untuk melakukan penyembelihan itu berpanjangan sehingga berakhir Hari Tasyriq. Hari Tasyriq jatuh pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ini bermakna umat Islam mempunyai tempoh empat hari untuk melakukan penyembelihan binatang korban.

Nilai dan kepentingan ibadah korban

Dalam kita melaksanakan ibadah korban, penting untuk kita sama-sama menghayati dan memahami kisah Nabi Ibrahim as yang diperintahkan oleh Allah swt supaya menyembelih anaknya yang sangat dikasihi, Nabi Ismail as.


Ia menerapkan nilai ketaatan dan ketakwaan seorang hamba itu terhadap Tuhan dengan mengorbankan apa jua yang dia kasihi atas jalan agama dan untuk kepentingan akhirat kelak. Melaksanakan ibadah korban ini bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita ini dengan Allah swt bahkan, ia untuk mendapat ganjaran yang melimpah-ruah daripada-Nya seperti yang terdapat dalam hadis Nabi saw yang bermaksud:


“Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.”
[Riwayat Ibn Majah]


Terdapat juga nilai lain yang dapat kita raih dalam melakukan ibadah tersebut seperti memanjatkan dan melahirkan kesyukuran kepada Allah swt yang telah banyak memberi kita nikmat dan keberkatan di dalam dunia ini.


Kita perlu sedar, masih ada di antara kita yang mengalami kesusahan, sekalipun untuk mendapatkan makanan harian. Dengan kita melaksanakan ibadah korban ini, ia memberi kita peluang untuk berbakti dan berkongsi rezeki atau nikmat yang Allah swt telah berikan kepada kita, dengan mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.


Selaras dengan perintah Allah swt di surah Al:Hajj. ayat 28 yang bermaksud :


“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. “


Mereka yang susah dan memerlukan dapat meraih manfaat bukan hanya secara fizikal daripada pengagihan daging korban tersebut untuk mereka masak dan makan, tapi dari sudut kemasyarakatan, mereka tahu ada dalam kalangan masyarakat yang prihatin dan sedia membantu. 

Ia secara langsung memupuk nilai ukhuwah dan mengeratkan silaturahim dalam masyarakat kita. Apabila nilai ini diterapkan, barulah kita dapat lihat masyarakat kita memupuk rasa ihsan, tidak mementingkan diri sendiri dan berkembang maju.

Korban di masjid-masjid di Singapura 

Kini terdapat pelbagai pilihan untuk melaksanakan ibadah korban. Seorang Muslim di Singapura boleh memilih untuk melakukan korban di Singapura mahupun di luar negara. Bahkan 52 masjid di Singapura menawarkan khidmat melaksanakan ibadah korban dengan binatang korban disembelih di Australia dan dagingnya kemudian diterbangkan ke Singapura.

Selain diagihkan kepada sohibul korban (mereka yang melaksanakan korban tersebut), daging korban ini juga bakal dimanfaatkan oleh para penerima zakat, pekerja hijrah dan mereka yang memerlukan di Singapura. 

Tidak kira khidmat mana yang kita pilih, selagi kita mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban. lakukanlah ibadah ini dengan cara yang terbaik.

Kesimpulannya, bagi mereka yang lebih berkemampuan, sangat digalakkan mereka melakukan ibadah ini kerana ia akan memberi banyak manfaat dan kelebihan dari segi nilai dan ganjaran dan juga kepada penerima daging korban tersebut. Semoga Allah terima ibadah korban dan pengorbanan kita dan memurahkan rezeki kita supaya kita dapat terus membantu mereka yang memerlukan. 
Mereka yang ingin membuat tempahan korban dengan mudah, boleh lungsuri laman www.ourmasjid.sg/korban.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >