Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID DARUL MAKMUR

Gigih kumpul $6j bagi projek peningkatan

Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Masjid Darul Makmur sedang mengumpul derma untuk kerja peningkatan yang telah bermula pada penghujung bulan April lalu. Warga kerja masjid mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses peningkatan berjalan lancar.

Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, pihak masjid masih lagi memerlukan sumbangan dan sokongan berterusan daripada orang ramai demi memastikan usaha mempertingkat masjid dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Kami masih memerlukan $6 juta lagi bagi kos peningkatan yang menelan belanja $15 juta. Kami telah menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan derma ini sedang giat dijalankan,” jelas Encik Izuan.

Masjid yang sudah dibangunkan selama 36 tahun ini perlu menjalani kerja peningkatan agar ia dapat menampung lebih ramai jemaah apabila siap kelak dan mampu memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.

Ini sangat penting kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru telah dihuni dan sebahagian lagi sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan Canberra. Di Nee Soon East sahaja, sekitar 10,000 penduduk Melayu/Islam menetap di kawasan berdekatan dengan masjid ini.

Berkongsi butiran mengenai program masjid buat masa ini, Imam Eksekutif Masjid, Ustaz Mohamad Ghouse Khan Suratte, berkata:

“Walaupun masjid ditutup untuk kerja peningkatan pada waktu ini, kami tetap menyediakan program pembelajaran Islam yang mudah diikuti melalui dalam talian dan juga secara fizikal dengan kepelbagaian tajuk dan struktur yang sistematik.

“Contohnya, kami menganjurkan kuliah agama yang diadakan secara berterusan sepanjang minggu di Masjid Assyafaah. Kemudian, kami mengadakan program bersiri yang membincangkan tajuk-tajuk terpilih untuk dibahaskan seperti siri Al-Quran, Tauhid dan lain-lain.”

Menurut pihak masjid, apabila selesai peningkatan masjid ini, ruang yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah, terutama sekali golongan dewasa dan pelajar madrasah yang menghadiri kelas pengajian di masjid ini.

Antara tumpuan utama sewaktu peningkatan ini ialah menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah, membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.

Ruang yang lebih luas yang dapat dibahagikan kepada beberapa zon tersendiri juga akan dipertimbang dalam lakaran pelan peningkatan masjid agar dapat memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa hadapan jika diperlukan.

Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur juga akan ditambah sehingga 12 berbanding hanya tujuh sekarang. Ini akan dapat menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang jumlah penyertaan kian meningkat.

Buat masa ini, terdapat lebih 1,000 pelajar yang mengikuti program aLIVE secara sambilan di Masjid Darul Makmur. Usaha ini penting agar pihak masjid dapat mengemudi program pendidikan agama yang sesuai dalam membentuk modal insan yang bukan sahaja berintelektual tinggi, malah generasi Muslim yang berakhlak mulia dan murni.

Berkongsi rayuan beliau, Ustaz Mohamad Ghouse turut memberitahu mengenai program-program dan ceramah untuk mendekati penduduk di kawasan Yishun dengan berkata:

“Sepanjang beberapa bulan lalu, kami telah bekerjasama dengan kumpulan akar umbi di kejiranan Yishun untuk mendekati masyarakat dengan mengadakan sesi ziarah ke rumah-rumah penduduk Islam di sana.

“Kami juga mengadakan ceramah keluarga di beberapa estet perumahan di Yishun. Kami ingin pastikan hubungan penduduk masih lagi terjalin dengan pihak masjid dan program-program pembelajaran dan majlis ilmu masih dapat diberikan pada penduduk Yishun,” katanya.

Selain acara sebegini, pihak masjid juga masih terus menyampaikan kuliah agama bertempat di Masjid Assyafaah buat masa ini dan kuliah ini juga boleh diikuti melalui dalam talian.

“Untuk tahun hadapan, kami merancang meneruskan program mendekati masyarakat di Yishun dengan mengadakan acara-acara ceramah keluarga beserta beberapa kegiatan mencari dana buat peningkatan Masjid,” ujar Ustaz Ghouse.

Masjid Darul Makmur berharap dapat mengumpulkan lagi baki $6 juta dalam masa 18 bulan akan datang untuk mencapai matlamat projek peningkatan yang kini sedang giat berjalan. Sebarang pertanyaan mengenai cara untuk menderma, boleh dilakukan dengan menghubungi pihak masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001.

3. Melalui cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR’ dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hadir di Pejabat Masjid Darul Makmur atau di Masjid Assyafaah pada waktu pejabat

5. Hubungi pejabat masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >