Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dewan solat sementara Darul Makmur papar keistimewaan hidup berbilang agama

Aug 26, 2023 | 05:31 AM



Cara Masjid Darul Makmur di Yishun mendapatkan dewan solat sementaranya dalam masa yang begitu cepat, mencerminkan keistimewaan kehidupan berbilang kaum dan agama di Singapura.

Mengulas mengenai bagaimana ruang sementara itu diperolehi, Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang), Encik K Shanmugam, berkata para pemimpin akar umbi di kawasan itu – yang kebanyakannya bukan beragama Islam – bersetuju untuk menampung separuh daripada kos sewa ruang sementara tersebut.

Encik Shanmugam, yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon, kejiranan tempat terletaknya Masjid Darul Makmur, berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) selepas sesi rakaman podcast #NoTapis baru-baru ini.


“Saya bertanya kepada pemimpin akar umbi saya, boleh tidak sekiranya kita menampung separuh daripada sewa (bangunan sementara). Kita perlu bantu masjid kerana mereka perlukan wang untuk kerja-kerja naik taraf. Para pemimpin akar umbi saya bersetuju.

“Jika kita bincangkan dalam konteks kaum, kebanyakan pemimpin akar umbi saya ialah orang Cina. Tapi mereka sanggup tampil untuk membantu dengan pembiayaan sewa dewan itu dan ini mencerminkan Singapura sebagai sebuah negara. Ini yang menjadikan kita istimewa,” ujar Encik Shanmugam.

Masjid Darul Makmur menutup pintunya untuk kerja-kerja naik taraf pada 24 April lepas, dua hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Encik Shanmugam berkata semasa membuat lawatan ke Masjid Darul Makmur pada Hari Raya untuk bertemu dengan anggota jemaah, beliau mendapat tahu bahawa masjid itu tidak mempunyai tempat untuk beroperasi semasa ia menjalani kerja-kerja naik taraf.

Beliau dan rakan-rakan Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon serta para pemimpin akar umbi kemudian bekerjasama dengan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk mengenal pasti tempat sementara yang sesuai.

Bekas bangunan Sekolah Menengah North View dikenal pasti sehari selepas Hari Raya dan proses mendapatkan kelulusan dan melakukan ubah elok kemudian dijalankan dengan pantas.

Ini membolehkan dewan solat sementara Masjid Darul Makmur dibuka kepada jemaah pada 12 Mei.

“Ada rancangan yang dibuat untuk jemaah ke masjid di Admiralty atau Seletar yang berhampiran. Namun, dengan sebuah tempat sementara di Yishun, pastinya lebih mudah, terutama bagi warga emas,” kata Encik Shanmugam.

“Setiap minggu, masjid sementara ini mengadakan dua sesi solat Jumaat, pada mulai 12 tengah hari dan 3 petang. Kira-kira 1,100 jemaah mengerjakan solat di situ. Jadi kita boleh lihat, ia adalah penting untuk jemaah dan mereka juga mengatakan demikian,” tambah beliau.

Merumuskan, Encik Shanmugam berkata usaha tersebut mencerminkan bagaimana semua pihak bekerjasama untuk kepentingan penduduk.

“SLA bergerak dengan pantas, masyarakat masjid juga bergerak pantas bersama-sama dengan sokongan Muis (Majlis Ugama Islam Singapura). Pemimpin akar umbi saya berkumpul, membantu membersihkan dewan itu supaya ia sesuai digunakan. Ada upacara yang dilakukan untuk menjadikan tempat itu sesuai dijadikan sebagai masjid.

“Saya telah melawatnya pada satu hari Jumaat dan sambutannya amat baik.” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >