Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes import senjata berbahaya ditemui dalam kargo udara meningkat

Dec 14, 2023 | 07:07 PM



Terdapat 77 kes senjata berbahaya yang ditemui dalam kargo udara yang memasuki Singapura dari Januari hingga Oktober 2023 – naik 67 peratus daripada 46 kes dalam tempoh yang sama pada 2022.

Polis dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mendedahkan angka terbaru itu di Pusat Pengangkutan Udara Changi (CAC) pada 13 Disember, menurut laporan The Straits Times.


Adalah difahamkan bahawa kenaikan itu disebabkan semakin ramai yang cuba membawa masuk penumbuk knuckle duster (senjata logam yang dipakai di atas buku jari bertujuan untuk meningkatkan kecederaan apabila memukul seseorang) dan lastik.


Senjata yang berbahaya yang juga cuba dibawa masuk seperti senapang udara, pisau lipat, batang kayu berantai atau nunchakus, parang dan penyembur lada.


Untuk menangani trend yang membimbangkan ini, polis dan ICA menunjukkan cara mereka mengesan dan menggagalkan percubaan mengimport senjata berbahaya dalam kargo udara.

Sebelum kargo tiba, ICA menggunakan data untuk mengenal pasti konsainan, kargo dan bungkusan berisiko tinggi.

Di CAC, semua kenderaan kargo melalui portal pengimbasan radiografik, yang menghasilkan imbasan muatan kenderaan.

Penganalisis imej ICA akan cuba mengesan sesuatu yang mencurigakan seperti jenis barangan yang tidak sepadan dengan maklumat permit.

Jika dikesan, pegawai akan menjalankan pemeriksaan lebih terperinci ke atas kargo berkenaan dengan menggunakan mesin sinar-X. Tidak kira berapa banyak lapisan yang dibalut di sekelilingnya, mesin sinar-X dapat menunjukkan bentuk dan ketumpatan setiap barangan dengan jelas.

Warna biru pada imbasan sinar-X menunjukkan barangan yang mempunyai ketumpatan tinggi, seperti logam. Jingga menunjukkan barang organik, manakala hijau menunjukkan bahan campuran seperti kaca atau plastik.

Pegawai pemeriksaan kargo, Sarjan (2) Muhammad Haikal Mahmood, memberitahu pemberita:

“Biasanya, untuk senjata berbahaya seperti knuckle duster dan belantan akan berwarna biru (pada imbasan) kerana ia diperbuat daripada logam dan mempunyai ketumpatan tinggi.”


Beliau menunjukkan cara mesin itu mengesan baton dan garinya, yang kelihatan dalam imbasan dengan jelas dalam warna biru tua. Kedua-duanya adalah barangan terkawal yang memerlukan lesen atau permit daripada polis sebelum diimport.


Pegawai ICA juga mempunyai peranti pegang tangan yang boleh mengesan bahan letupan, seperti senjata api, tersembunyi di dalam bungkusan.

Apa yang diperlukan hanyalah mengesat dengan kertas penguji pada permukaan bungkusan. Kertas penguji kemudiannya dimasukkan ke dalam peranti, yang menunjukkan sama ada terdapat bahan letupan. Peranti yang sama juga boleh menguji kehadiran narkotik.


Apabila senjata sedemikian ditemui, pegawai ICA merujuk kes tersebut kepada agensi berkaitan, termasuk polis yang kemudiannya menyita barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >