Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Adakah Maghribi akan terus pulihkan hubungan dengan Israel?

Walau banyak pihak marah kepada Israel,
Maghribi tidak mungkin berpisah dengan Tel Aviv: Penganalisis
Apr 01, 2024 | 05:30 AM



Walaupun kemarahan orang ramai meningkat di Maghribi berhubung perang Israel ke atas Gaza, perjanjian memulihkan hubungan antara Maghribi dengan Israel, mungkin akan bertahan, kata penganalisis lapor Al Jazeera.


Sejak awal Oktober, laluan jalan raya di Maghribi kerap menyaksikan protes, dengan ribuan orang keluar untuk membantah tindakan berterusan Israel di Gaza.

Antaranya ialah penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan urusan pemerintah mereka dengan Israel.

Di ibu negara, Rabat, ribuan orang telah berarak dengan bendera dan sepanduk Palestin yang menyeru “Tentang sehingga menang”, “Bebaskan Palestin”, dan “Hentikan normalisasi pemerintah Maghribi dengan Israel”.

Pembunuhan pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri, pada 2 Januari nampaknya meluapkan kemarahan sedia ada terhadap serangan berterusan Israel ke atas Gaza, yang dicerminkan dalam bantahan.

Perjanjian yang
tidak popular

Walaupun tuntutan semakin meningkat supaya tindakan lebih tegas daripada kumpulan Islam dan sayap kiri, pemerintah Maghribi terus menyeru gencatan senjata dan mengulangi sokongannya untuk penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Para pegawai negara itu enggan membuat sebarang ulasan mengenai dasar luar negaranya, yang diserahkan kepada raja yang memerintah.

Pengiktirafan Maghribi terhadap Israel berlaku pada penghujung 2020 apabila ia menandatangani Perjanjian Abraham, strategi Amerika Syarikat dari 2020, yang menyaksikan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan memulihkan hubungan dengan Israel sebagai balasan kepada pelbagai konsesi.

Apa yang diinginkan Maghribi ialah Amerika Syarikat mengiktiraf tuntutannya ke atas wilayah Sahara Barat, yang dipertikaikan selain Washington dan Tel Aviv, meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Maghribi.

Bagi Rabat, pengiktirafan terhadap tuntutannya ke atas Sahara Barat akan memberikannya kelebihan dalam persaingan sifar dengan musuh serantau, Algeria, yang menentang keras tuntutan Maghribi terhadap wilayah itu.

Namun, penerimaan orang ramai terhadap Israel kurang menggalakkan di Maghribi, tidak seperti di banyak negara Arab.

Menjelang pemulihan semula hubungan, sangat sedikit rakyat Maghribi menyokong idea itu, dan sebahagian besar memberitahu penyelidik bahawa perjuangan Palestin adalah untuk semua orang Arab, bukan hanya rakyat Palestin.

Lebih tiga tahun kemudian, apabila jumlah kematian di Gaza meningkat dan laporan jenayah perang Israel mendominasi perbualan awam, hubungan Rabat dengan Tel Aviv berada di bawah tekanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penerbangan langsung antara Maghribi dengan Israel, yang membolehkan adanya pelancongan dan memberikan lebih 2,500 orang Yahudi di negara itu hubungan langsung dengan ahli keluarga mereka, telah dibatalkan oleh Royal Air Maroc, pada 19 Oktober.

Pejabat perhubungan Israel di Rabat telah dipindahkan serentak dengan penutupan kedai dan restoran yang menyediakan kemudahan bagi pelawat Israel di hab pelancongan, seperti Marrakesh.

Status projek lain, seperti yang berkaitan dengan pertanian dan proses salinasi, tidak diketahui.

“Dari segi faedah ekonomi, Israel mencapai lebih banyak kelebihan dalam perkongsiannya dengan, katakan UAE, berbanding Maghribi,” kata Dr Kenneth Katzman dari Pusat Soufan – pusat bebas bukan meraih untung yang menawarkan penyelidikan, analisis dan dialog strategik mengenai cabaran keselamatan sejagat.

Hubungan keselamatan yang lebih kukuh

Walaupun pautan komersial mungkin lambat diterima, hubungan telah berkembang dalam keselamatan dan pertahanan.

Perjanjian pada penghujung 2022 bagi pembelian 150 dron Israel – sebahagian daripadanya akan dipasang di Maghribi – menjejas keseimbangan kuasa di Sahara Barat, lebih jauh memihak kepada Maghribi.

Lebih-lebih lagi perjanjian 2023, untuk Israel membangunkan satelit pengawasan Maghribi.

Teknologi perisian pengintip Pegasus Israel juga telah memberikan kelebihan, dengan kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International, mengatakan pada 2022 bahawa ia digunakan terhadap aktivis Sahara Barat.

Kebanyakan perhatian Barat di Maghribi kini tertumpu kepada Algeria dan rizab gasnya yang banyak, memandangkan bekalan awal terganggu oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan Maghribi berkemungkinan mendapati dirinya lebih memerlukan hubungan dengan Tel Aviv sekarang.

“Kerjasama ketenteraan telah menjadi sangat penting untuk Maghribi,” kata seorang penganalisis kanan di Institut Timur Tengah, Cik Intissar Fakir, lapor Al Jazeera.


“Mereka telah berjaya menandatangani pelbagai tawaran, bukan hanya untuk bekalan teknologi ketenteraan, bahkan untuk menghasilkannya di kilang,” kata beliau.

“Salah satu perkara utama ialah kelebihan ketenteraan yang boleh Maghribi dapatkan dalam masa yang singkat perjanjian itu berkuat kuasa...

“Ini akan menyukarkan Maghribi untuk meninggalkan perkongsian ini dengan Israel.”

Walaupun sokongan rakyat negara itu terhadap rajanya amat menggalakkan, kritikan rakyat Maghribi terhadap hubungan dengan Israel tetap berterusan.

Maghribi setakat ini cuba mengatasi gelombang kemarahan susulan peperangan itu, kerana berhasrat meneruskan usaha memulihkan hubungan, kata Cik Fakir.

Tanpa mengira pertumpahan darah, perang di Gaza mungkin hanya melengahkan, bukan menghentikan proses pemulihan hubungan, seperti yang berlaku antara Israel dengan beberapa negara Arab yang lain, ujar Dr Katzman.

Hubungan dengan UAE nampaknya hampir tidak terjejas, manakala rundingan untuk mewujudkan hubungan serupa dengan Arab Saudi, matlamat lama diplomat Amerika dan Israel, dilaporkan hanya bergerak perlahan, bukannya terhenti, katanya.

Keupayaan untuk menjayakan pemulihan hubungan dengan Israel bukan terletak di Rabat sahaja, malah Tel Aviv juga, dan tergantung berapa lama ia memilih untuk meneruskan proses itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >