Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Saudi dilapor tunda semua rundingan pulih hubungan dengan Israel

Oct 15, 2023 | 04:53 PM



RIYADH: Arab Saudi dilaporkan telah menghentikan semua rundingan pemulihan hubungan dengan Israel.


Memetik laporan Samaa TV pada Rabu dan agensi berita AFP pada Sabtu, keputusan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Anthony Blinken, yang bertindak sebagai pengantara dalam rundingan damai dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.


Laporan itu juga menyatakan bahawa keputusan Arab Saudi itu telah mencetuskan keraguan mengenai masa depan diplomasi serantau dan keamanan di Timur Tengah.

Bagaimanapun, sebab di sebalik keputusan itu masih belum disahkan sepenuhnya, tetapi terdapat spekulasi bahawa peningkatan konflik baru-baru ini antara Israel dengan Palestin mungkin telah memainkan peranan.

Amerika secara aktif telah menggalakkan negara-negara Arab supaya menjalin hubungan dengan Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Melalui Perjanjian Abraham 2020, beberapa negara Arab, termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi dan Sudan, telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Pada pertengahan September, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menyatakan bahawa pemulihan hubungan diplomatik antara negaranya dengan Israel semakin hampir.

Namun, beliau menekankan bahawa isu Palestin perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Pada Sabtu, Arab Saudi mengutuk keras arahan pemindahan 1.1 juta penduduk Palestin ke utara Gaza dan serangan berterusan Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.

Pada Khamis, media kerajaan Arab Saudi melaporkan bahawa Putera Mohammed sudah membincangkan ‘situasi ketenteraan semasa di Gaza dan sekitarnya’ dengan Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi.

Ia adalah panggilan pertama antara kedua-duanya sejak negara mereka mengumumkan satu kejutan yang diketengahkan oleh China pada Mac selepas tujuh tahun memutuskan hubungan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >