Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Alat dan ubat tiruan RM6.4j dirampas, tiga ditahan di Taiping

Jun 16, 2023 | 03:38 PM



KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki ditahan dalam operasi polis di makmal pengeluaran ubat tiruan di Taiping, Perak, pada Selasa (13 Jun).


Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Saaduddin berkata serbuan itu menemui peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dipercayai tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang dianggarkan bernilai RM6,369,782 ($1.87 juta) dirampas dan kes sedang disiasat mengikut Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982,” katanya di sini, Khamis (15 Jun) .

Operasi itu dijalankan oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Kementerian Kesihatan.

Datuk Noorsiah berkata, sepanjang 2022, WCB/PSK telah melakukan dua serbuan membabitkan rampasan bernilai RM3,420,000, dan sejak 1 Jan 2023, sehingga kini, lapan serbuan dibuat dan menyaksikan rampasan bernilai RM12,763,052.

Beliau berkata polis, khususnya Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, komited untuk berhubung dengan kementerian dan agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

“Operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain akan diteruskan dari masa ke masa. Bantuan orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat digalakkan supaya jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya. – Bernama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >