Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden akui bertanding semula selagi Trump bertanding

Dec 06, 2023 | 01:53 PM



WESTON (Massachusetts): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden mengakui beliau bertanding semula pada pemilihan presiden tahun depan kerana pesaingnya dari Republikan, Encik Donald Trump, turut mencuba nasib bagi penggal kedua.


Menurut beliau, anggota parti Republikan itu menimbulkan ancaman unik kepada negara.

“Jika Trump tidak bertanding, saya tidak pasti saya akan bertanding,” kata Encik Biden pada acara mengumpul dana untuk kempennya bagi 2024 di luar Boston.

“Kita tidak boleh biarkan dia menang,” tegas Encik Biden, dipetik oleh agensi berita Reuters.


Kenyataan Encik Biden itu dibuat ketika pengundi Demokrat yang tegas telah menyatakan kebimbangan mengenai usia presiden itu. Beliau berusia 81 tahun, pada November.

Presiden itu semakin percaya bahawa Encik Trump akan mengukuhkan statusnya sebagai pendahulu untuk pencalonan presiden bagi parti Republikan, dalam beberapa minggu akan datang.

Semasa kempen presiden 2020, Encik Biden sering menyebut bahawa keputusannya untuk bertanding adalah sebahagiannya disebabkan oleh pengendalian isu Presiden Trump ketika itu, termasuk perhimpunan nasionalis kulit putih 2017, di Charlottesville, Virginia.

Kini, kempen Encik Biden sekali lagi meletakkan Encik Trump sebagai bahaya kepada demokrasi itu sendiri.

Encik Trump, yang menghadapi tuduhan jenayah atas usahanya untuk membalikkan kekalahannya dalam pilihan raya 2020, telah menggambarkan Encik Biden sebagai seorang autokrat yang berbahaya.

Encik Biden mengumumkan bidaan pemilihan semulanya pada April, selepas mendapat kepercayaan peribadi bahawa sama ada Naib Presiden, Cik Kamala Harris mahupun calon Demokrat lain, tidak dapat mengalahkan Encik Trump dalam pilihan raya umum 2024, menurut seorang bekas pegawai Rumah Putih.

Encik Biden telah berulang kali membuat komen tentang Encik Trump, semasa mengumpul dana yang bermula pada 5 Disember di Boston, dan bersedia untuk memasukkan sekurang-kurangnya sembilan acara sebelum akhir bulan.

Tinjauan baru-baru ini telah menunjukkan pendahulu Republikan, mendahului Encik Biden dalam perlawanan hipotesis di negeri-negeri utama, dan di peringkat kebangsaan.

“Saya tidak fikir sesiapa pun meragui demokrasi kita berisiko sekali lagi,” kata Encik Biden. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >