Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Empat maut lepas dua jet tentera Indonesia terhempas dalam latihan

Nov 17, 2023 | 11:30 AM



MALANG: Empat pegawai Tentera Udara Indonesia (TNI) maut dalam nahas berasingan dua pesawat pejuang taktikal EMB-314 Super Tucano di Pasuruan, Jawa Timur, semasa latihan pada Khamis.


Ketua Perkhidmatan Penerangan Angkatan Udara Indonesia, Komodor Udara, R. Agung Sasongkojati, mengesahkan penemuan mangsa terakhir, Leftenan Kolonel Sandhra ‘Chevron’ Gunawan, seorang komander Skuadron Udara 21.

Mayat tiga pegawai lain – Kolonel Subhan, Kolonel Widiono Hadiwijaya, dan Mejar Yuda A. Seta – dibawa keluar lebih awal, kata Komodor Agung dalam satu sidang media di Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur, lapor agensi berita rasmi Antara.


Menurutnya, mayat semua mangsa akan menjalani pemeriksaan dengan bantuan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Negara.

Selepas itu, jenazah akan ditempatkan di hangar skuadron sebelum dikebumikan di lokasi pilihan keluarga masing-masing.

Komodor Agung berkata dua pesawat itu terhempas semasa sesi latihan rutin di dua lokasi berasingan di kawasan pergunungan sekitar 12 tengah hari.

“Dua pesawat itu terhempas di lokasi berbeza, satu ke utara dan satu lagi sedikit ke selatan.

Bagaimanapun, kedua-duanya berada di bahagian utara kawasan pergunungan itu,” katanya.

Pesawat pejuang itu dikendalikan oleh pegawai tentera udara peringkat pertengahan.

Leftenan Kolonel Gunawan dan Kolonel Hadiwijaya berada di pesawat yang sama, manakala Mejar Seta dan Kolonel Subhan memandu pesawat yang satu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >