Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gibran kemuka ijazahnya dari S’pura, tangkis tuduhan ia palsu

Nov 24, 2023 | 12:42 PM



SURAKARTA: Calon wakil naib presiden Indonesia bagi pemilihan presiden 2024, Encik Gibran Rakabuming Raka, telah mempamerkan ijazah tulen dari Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS) sebagai bukti keabsahan bagi menjawab tuduhan bahawa beliau telah memalsukan pendidikannya.


“Saya anggap lucu-lucuan kerana baru sekarang dipermasalahkan. Saya kasihan pada orang tua saya yang sudah membiayai pendidikan anak-anak mereka,” kata Encik Gibran yang merupakan anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo.

Beliau menangkis tuduhan di media sosial yang mendakwa beliau memiliki ijazah palsu dari sebuah universiti di Australia.

Semasa bercakap kepada wartawan di Balai Kota Surakarta, beliau menunjukkan ijazah akademik dari MDIS – tempat beliau memperoleh ijazahnya.

Terdapat perdebatan di media sosial mengenai sama ada Encik Gibran menyelesaikan ijazah sarjananya di University of Technology Sydney (UTS) di Australia.

Seorang pengguna wadah media sosial X bernama Tifa mendakwa Encik Gibran tidak pernah menghadiri program sarjana di UTS.

Menurut laporan media, Encik Gibran menamatkan ijazah sarjananya di MDIS pada 2007 dan kemudian menyertai Insearch, program kolej untuk persiapan masuk UTS.

Encik Gibran menyatakan bahawa beliau akan membeli tiket ke Singapura bagi mereka yang menuduh ijazahnya palsu untuk mengunjungi sekolah tempat beliau belajar.

“Jika anda tidak percaya, saya akan membeli anda tiket ke Singapura. Datang dan kunjungi sekolah,” katanya.

Malah jika ijazahnya palsu, beliau berkata pasti akan ada pertanyaan semasa pendaftarannya sebagai calon naib presiden bersama calon presiden Encik Prabowo Subianto, ketua Parti Gerindra dan Menteri Pertahanan Indonesia.

Encik Gibran, 36 tahun, juga menyebut bahawa beberapa orang berkata beliau hanya lulus dari sekolah vokasional.

“Sekarang ini, banyak orang berbicara tentang saya lulus dari sekolah vokasional. Apa salahnya lulus dari sekolah vokasional?” katanya.

Sebelum menuntut di MDIS, Encik Gibran bersekolah di Sekolah Menengah Orchid Park, juga di Singapura, untuk pendidikan sekolah menengahnya.

MDIS, dalam satu kenyataan pada 23 November, mengesahkan bahawa Encik Gibran merupakan pelajar sepenuh masa antara 2007 dengan 2010.

“Selama tempoh ini, beliau menyelesaikan diploma lanjutan diikuti oleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang pemasaran yang dianugerahkan oleh rakan universiti kami,” kata MDIS.

MDIS menyatakan di Singapura, institusi pendidikan swasta melaksanakan program pendidikan tinggi melalui kerjasama dengan rakan universiti luar negara.

“MDIS punya komitmen untuk menjunjung tinggi piawaian kewibawaan dan ketelitian akademik.

“Semua diploma dan ijazah yang dianugerahkan oleh rakan universiti kami mengikuti standard akademik yang ketat,” tambah MDIS kepada akhbar The Straits Times.


Isu ijazah palsu adalah antara rentetan kontroversi terhadap Encik Gibran.

Terdahulu pengundi Indonesia menjadi tidak selesa dengan apa yang dilihat secara meluas sebagai percubaan Encik Jokowi untuk mendorong anaknya ke pentas politik perdana menerusi dinasti politik.

Panel kehakiman mendapati Ketua Hakim Negara, Encik Anwar Usman, bersalah atas konflik kepentingan berhubung peranannya dalam keputusan yang membenarkan Encik Gibran bertanding bagi jawatan naib presiden.

Encik Anwar, yang juga abang ipar Encik Jokowi, digesa berundur sebagai hakim kanan mahkamah atas kegagalannya menarik diri daripada kes yang keputusannya dianggap menguntungkan anak saudaranya, Encik Gibran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >