Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hakim silap bebaskan Muhyiddin dari tuduhan salah guna kuasa: Pendakwa Raya

Sep 29, 2023 | 05:43 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 alasan dikemukakan pihak pendakwaan dalam petisyen rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin, daripada empat tuduhan salah guna kuasa untuk rasuah RM232.5 juta ($67.8 juta) membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, melalui petisyen yang difailkan di Mahkamah Rayuan pada 19 September lalu menyatakan hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila melaksanakan kuasa sedia ada secara sewenang-wenangnya, untuk membatalkan tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang dinamakan selaku responden.

Menurut pasukan pendakwaan, sedangkan kes itu bukan kes sesuai bagi mahkamah berbuat demikian iaitu satu pendakwaan sudah dilakukan mengikut undang-undang.

Pendakwaan berkata hakim juga terkhilaf membatalkan tuduhan berkenaan, sedangkan adalah pramatang pada peringkat itu untuk menghalang pihaknya daripada mengemuka keterangan relevan dan boleh diterima, ketika perbicaraan melalui saksi dan keterangan dokumentari bagi membuktikan kes.

Hakim juga terkhilaf membatalkan tuduhan terhadap responden, sedangkan permohonan responden satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana ia adalah pramatang dan perbicaraan masih belum dimulakan.

“Yang Arif Hakim terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa peninggalan untuk menyatakan cara bagaimana responden menggunakan kedudukannya mengakibatkan tuduhan adalah cacat, sedangkan ia bukan perkara yang tidak dapat dipulihkan pada peringkat prosiding.

“Ini memandangkan pendakwaan masih boleh mengemuka keterangan untuk mengenal pasti pelanggaran dan meminda pertuduhan pada mana-mana peringkat perbicaraan dengan kebenaran mahkamah,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada Jumaat.


Pada 15 Ogos 2023, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), untuk dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya berkaitan rasuah berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Hakim memutuskan pertuduhan ke atas Ahli Parlimen (AP) Pagoh itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009. Justeru, tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri (ketika itu) didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi parti itu.

Walaupun bebas daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan, namun Tan Sri Muhyiddin masih berdepan tiga lagi pertuduhan.

Tan Sri Muhyiddin berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Tan Sri Muhyiddin didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di Kuala Lumpur antara 25 Februari 2021 dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Beliau juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac 2023 atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >