Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Hati Putri Ariani berbunga dapat sokongan Presiden Jokowi

Jun 16, 2023 | 07:23 PM



JAKARTA: Penyanyi sensasi Indonesia Putri Ariani bertemu Presiden Joko Widodo di Istana Negara di Jakarta pada Rabu, menerima kata-kata semangat dan wang saku menjelang pusingan selanjutnya program realiti America’s Got Talent.


Putri, yang buta, menjadi perbualan hangat minggu lalu selepas meraih Golden Buzzer daripada pencipta rancangan dan juri Simon Cowell semasa uji bakat di Amerika Syarikat. Ini membolehkan beliau memintas beberapa pusingan pertandingan.

Tiga video Putri dan Presiden Jokowi telah dimuat naik di laman Instagramnya. Dua lagi video pertemuan itu dimuat naik ke saluran YouTubenya.

“Saya dan semua rakyat (Indonesia) akan menyokong Putri dalam America’s Got Talent 2023, yang akan disertainya pada Ogos,” kata Presiden Jokowi dalam kapsyen salah satu catatan Instagram.


Remaja berusia 17 tahun itu, yang berasal dari Yogyakarta, Jawa Tengah, menikmati lonjakkan kemasyhuran antarabangsa apabila klip uji bakatnya di YouTube memperoleh hampir 30 juta tontonan dalam tempoh enam hari, lapor The Straits Times.


Dia mempersembahkan lagu asal Loneliness, serta lagu kedua seperti yang diminta oleh Cowell.


Putri buta sejak berusia tiga tahun dan telah membuat persembahan sejak berusia tujuh tahun.

Dia menjadi terkenal pada 2014 selepas memenangi musim kedua Indonesia’s Got Talent. Dia juga merupakan finalis dalam pertandingan nyanyian 2016, The Voice Kids Indonesia.


Dia merakamkan hampir 30 lagu dalam penstriman iTunes Apple. Lagunya yang paling polular, Tak Mampu Lupa, menarik lebih 11 juta strim di Spotify.


Dalam video pertemuan mereka, Putri dilihat berbual dengan Presiden Jokowi mengenai uji bakat itu. Dia juga menunjukkan kepadanya Buzzer Emas dan mempersembahkan dua lagu untuk Presiden dan pegawai lain.

Presiden Jokowi memberinya sampul surat, yang katanya adalah wang saku untuk dia belanja di Amerika.

“Ini sangat luar biasa dan menyentuh perasaan. Saya tidak sangka saya akan dihargai oleh Presiden. Terima kasih banyak-banyak, Pak Presiden!” ujar Putri, yang ditemani ibu bapanya.

Dia juga bertemu Menteri Pendidikan Indonesia, Encik Nadiem Makarim, awal minggu ini, apabila dia menawarkan biasiswa penuh untuk menghadiri Sekolah Juilliard yang berprestij di New York, sekiranya diterima masuk.

Putri pernah menyatakan bahawa memang menjadi impiannya untuk menyertai sekolah itu, salah satu yang terbaik di dunia untuk seni persembahan.

Media tempatan memetik Encik Nadiem sebagai berkata: “Inspirasi Putri untuk negara ini adalah luar biasa. Oleh itu, kami ingin merealisasikan impian Putri untuk belajar di kampus idamannya. Kami akan menyokong sepenuhnya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >