Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Hujan punca utama tragedi Batang Kali: Laporan forensik

Oct 18, 2023 | 04:21 PM



KUALA LUMPUR: Laporan forensik tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, mendedahkan hujan sebagai faktor utama kejadian pada 16 Disember 2022.


Laporan dimuat naik menerusi laman sesawang Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu boleh diakses orang ramai bermula jam 10 pagi Rabu.

Laporan forensik tragedi itu mendedahkan hujan berterusan selama lima hari boleh memberi kesan besar kepada alam sekitar.

“Kesan kumulatif hujan dalam jangka masa ini boleh menyebabkan paras lembapan tanah meningkat, yang berpotensi menyebabkan tanah runtuh.

“Selain itu, hujan anteseden (hujan berterusan) dalam tempoh kumulatif 30 hari adalah satu lagi faktor penting,” kata laporan itu.

Menurut laporan berkenaan, saksi kejadian menyatakan terdapat dua kegagalan cerun di lokasi yang sama dalam tempoh 20 minit dengan tanah runtuh pertama berlaku sekitar 2 pagi, sebelum disusuli runtuhan kedua.

“Anggaran dimensi kegagalan cerun adalah 70 meter (m) tinggi, 120m lebar dan 330m panjang, dengan anggaran jumlah runtuhan 283,000 meter padu.

“Mod kegagalan adalah gabungan kombinasi runtuhan jenis putaran dan aliran puing,” kata laporan itu.

Tragedi pada 16 Disember 2022 itu berlaku di Jalan B66 Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting Highlands di Hulu Selangor, Selangor, serta ladang organik dan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm.

Laporan menyatakan jalan berkenaan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor, manakala Father’s Organic Farm adalah tapak perkhemahan dikendalikan Father’s Organic Sdn Bhd.

Tragedi itu membabitkan keseluruhan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 maut.

Kebanyakan mangsa adalah guru, pelajar dan kakitangan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kampung Batu, Jalan Ipoh, di sini, bersama ahli keluarga mereka.

Mengulas lanjut dua runtuhan itu, laporan terbabit menyatakan runtuhan pertama iaitu jenis putaran berpunca kegagalan kaki cerun dalam kawasan persendirian yang meliputi rizab jalan dan hutan, serta sebahagian tanah persendirian.

Struktur cerun dilapor mengalami ketepuan air tinggi dan tanah tidak dapat menampung lebihan had air, menyebabkan berlaku kegagalan cerun.

Mengambil kira keadaan tanah itu, sisa atau serpihan runtuhan sampai ke tapak perkhemahan Riverside yang terletak kira-kira 500m dari jalan.

Sisa atau serpihan mengandungi tanah, batu dan pokok hasil runtuhan pertama kemudian terkumpul di kaki cerun yang mengalami kegagalan, membentuk empangan buatan sementara.

Aliran air permukaan daripada runtuhan dan air sungai sedia ada terkumpul di belakang empangan ini, menyebabkan ia pecah selepas kira-kira 20 minit, sekali gus mencetus runtuhan kedua yang menimbusi keseluruhan tapak perkhemahan.

Dalam pada itu, laporan sama turut memaklumkan kerja penyelenggaraan cerun dan jalan di lokasi kejadian tanah runtuh itu dilakukan mengikut jadual. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >