Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia beli 12 dron bernilai lebih $400j dari Turkey

Aug 03, 2023 | 04:11 PM









JAKARTA: Pemerintah Indonesia membeli 12 dron bernilai AS$300 juta ($402 juta) daripada Turkish Aerospace sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem pertahanan Indonesia, menurut kenyataan bertulis daripada Kementerian Pertahanan Indonesia pada Rabu.


Pembelian itu bertujuan untuk meningkatkan kepelbagaian, bilangan dan mutu peralatan pertahanan tentera Indonesia dengan kontrak yang ditandatangani pada 3 Februari dengan syarikat Turkey itu yang beribu pejabat di ibu negara, Ankara.

Kesemua 12 unit dron jenis Anka dijangka dihantar sebelum November 2025.


“Proses pembelian tersebut ditandai dengan adanya penandatangan kontrak dengan pihak penyedia yaitu Turkish Aerospace pada 3 Februari 2023,” kata Ketua Biro Perhubungan Masyarakat, Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Edwin Adrian Sumantha, yang dipetik Kompas.


Pembelian itu juga termasuk kontrak tambahan berupa Sokongan Gabungan Logistik (ILS), Sokongan Lapangan, Peralatan Menguji (GS&TE), Simulator Penerbangan, Infrastruktur menempatkan dron dan pelatihan serta tempoh jaminan selama 24 bulan atau 600 jam penerbangan.

Drone ‘Anka’ mampu terbang dalam berbagai-bagai keadaan – baik siang mahupun malam.

Dengan bentangan sayap hingga 17.5 meter, dron ini dapat berada di angkasa selama 24 jam pada ketinggian 9 kilometer dan dapat membawa muatan lebih daripada 350 kilogram.

Dron tempur ini juga dilengkapi dengan kemampuan pengintaian, pengawasan, mengesan sasaran tetap atau bergerak dan identifikasi.

Selain itu, dron Anka mempunyai kemudahan perhubungan, melancarkan serangan dan dapat dilengkapi dengan berbagai jenis senjata.


Pada Januari, Indonesia memeterai satu lagi perjanjian bernilai $805 juta untuk membeli sedozen jet pejuang Mirage 2000-5 canggih yang digunakan oleh tentera udara Qatar.


Pembelian daripada syarikat Perancis, Dassault Aviation, itu bagaimanapun telah dikritik kerana usia peralatan tersebut.

Tetapi Kementerian Pertahanan berkata bahawa Indonesia memerlukan peralatan pertahanan pesawat pejuang yang boleh diterbangkan dengan cepat untuk menampung kekurangan keupayaan tentera udaranya dalam kesediaan tempur kerana banyak pesawat sedia ada negara itu telah berusia lanjut.

Sebahagian daripada pesawat-pesawat tersebut sedang dinaik taraf, baik pulih atau dibaiki semasa menunggu lama untuk penghantaran pesawat yang baru ditempah itu.

Menteri Pertahanan Prabowo Subianto juga bersetuju untuk membeli 42 unit pesawat pejuang jenis Dassault Rafale pada Februari 2022.


Indonesia dijangka menerima tiga daripada enam pesawat pejuang Rafale enjin berkembar pada Januari 2026. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >