Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Institusi diraja relevan untuk keseimbangan pentadbiran M’sia: TMJ

Oct 30, 2023 | 01:41 PM



KUALA LUMPUR: Institusi diraja masih relevan di Malaysia untuk memberi keseimbangan dalam pentadbiran negara.


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata berbanding ahli politik, pandangan daripada institusi diraja tidak perlu mengejar populariti atau menjadi populis.

“Jika Malaysia berubah kepada negara pelampau kanan, saya tidak fikir mana-mana ahli politik akan menentang perkara itu kerana mereka memerlukan bilangan (penyokong).

“Dia (pemimpin) perlukan nombor, perlukan rating (kedudukan), perlu sokongan tetapi kami (institusi diraja) tak perlukan nombor (bilangan) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program podcast ‘Keluar Sekejap’ bersama bekas Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, dan bekas Ketua Penerangan Umno, Encik Shahril Hamdan.

Menyentuh aspek pentadbiran negara, Tunku Ismail berpandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu lebih tegas membuat keputusan.

“Pada pendapat saya, beliau perlu melaksanakan dan membuat lebih banyak keputusan.

“Beliau mempunyai keinginan untuk melihat negara ini berjaya, itu sudah pasti, dan saya fikir beliau harus lebih berani dalam membuat keputusan. Anda tidak boleh memuaskan hati semua pihak,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Tunku Ismail turut senada dengan Encik Khairy bahawa kerajaan sudah mengumumkan pelbagai pelan tindakan pembangunan dan tumpuan kini beralih kepada sama ada ia boleh dilaksanakan.

“Kami (institusi diraja) terletak atas daripada politik, tetapi anda mesti faham ahli politik berkhidmat untuk rakyat.

“Apabila anda melihat perkara tertentu tidak berlaku dan rakyat tidak mendapat manfaat itu, kami juga ada hak bersuara atau mengingatkan atau memberi pandangan.

“Saya tidak kisah anda datang daripada parti politik mana, asalkan anda boleh berkhidmat kepada rakyat dan boleh menyelesaikan tugas,” katanya.

Mengimbas perubahan tampuk kerajaan pada 2018, Tunku Ismail berkata kerajaan Johor sendiri sudah melalui banyak perubahan dari segi ekonomi.

“Saya bagi contoh Hospital Sultanah Aminah. Satu daripada bilik unit jagaan rapi (ICU) terbakar dan Tuanku Sultan Johor menggunakan duit sendiri untuk memperbaiki bahagian tertentu itu.

“Bagi saya sistem raja atau sistem monarki masih relevan tetapi kita perlu mengubah cara kita dan dekatkan diri dengan rakyat,” katanya.

Tunku Ismail turut memberi contoh atur cara majlis rasmi tidak memerlukan baginda bertitah secara rasmi.

“Saya suka cara santai. Katakanlah saya pergi Kota Tinggi atau saya pergi ziarah mana mana daerah, saya suka duduk dekat warung dengan pak cik-pak cik.

“Saya tanya pak cik macam mana (keadaan) dekat sini dan saya suka bertanya kerana saya sendiri nak tahu macam mana saya boleh membantu mereka,” jelasnya.

Beliau tidak menyalahkan rakyat yang beranggapan institusi diraja tidak menjalankan tugas kerana tidak menyedari apa yang berlaku di peringkat rakyat.

“Tanpa podcast seperti ini, saya tidak dapat memberitahu rakyat apa yang kami (institusi diraja) sudah dan akan lakukan untuk rakyat ataupun saya tidak lantang bersuara atau mendidik rakyat tentang peranan kami, apa sumbangan kami dah beri kepada rakyat.

“Rakyat tak akan tahu, jadi sebab itulah saya rasa sangat penting untuk institusi diraja mendekati rakyat dikekalkan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >