Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sekat protes warganya halang bantuan ke Gaza

Jan 29, 2024 | 02:28 PM



TEL AVIV: Israel telah meningkatkan usaha untuk menghalang penunjuk perasaan Israel daripada menyekat aliran bantuan kemanusiaan ke Jaluran Gaza – dua hari selepas mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak ia harus membenarkan lebih banyak bekalan masuk ke wilayah itu.


Tentera Israel telah mengisytiharkan kawasan sekitar lintasan sempadan ke Gaza sebagai zon tentera tertutup dalam usaha untuk menghentikan protes yang selama beberapa hari menghalang pergerakan bantuan melalui satu-satunya lintasan terbuka antara Israel dan Gaza itu.

Keputusan itu dibuat malam 27 Januari tetapi diumumkan secara terbuka hanya pada petang 28 Januari.

Dalam protes di Kerem Shalom, para penunjuk perasaan menyekat trak-trak bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza, memaksa lori-lori itu berpusing di persimpangan dengan wilayah Palestin.

Penunjuk perasaan telah berkumpul di sana selama beberapa hari untuk membantah bantuan disalurkan ke wilayah yang dikatakan pegawai PBB kini di ambang malapetaka.

“Kami tidak mahu apa-apa masuk ke Gaza kerana semua yang masuk ke Gaza sampai terus kepada pengganas dan kami tidak mahu itu,” kata penunjuk perasaan, Cik Shoshi Strikowski kepada agensi berita AFP.


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, telah memutuskan bahawa Israel mesti memudahkan bantuan kemanusiaan yang “diperlukan segera” ke wilayah Palestin yang telah berada di bawah pengeboman dan pengepungan tanpa henti sejak serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas ke atas Israel.

Hanya dua lintasan sempadan digunakan untuk penghantaran bantuan kepada sekitar 2.4 juta penduduk Gaza – Kerem Shalom di selatan Israel dan persimpangan Rafah di Mesir.

Penunjuk perasaan menentang bantuan ke Gaza sehingga semua tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas dibebaskan.

Peperangan meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh sekitar 1,200 orang manakala lagi 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Kira-kira 100 daripada mereka telah dibebaskan dalam gencatan kemanusiaan singkat pada November 2023. Baki 132 tebusan masih ditahan di Gaza manakala 28 yang lain dipercayai telah terbunuh.

Israel melancarkan serangan balas yang sejauh ini mengorbankan lebih 26,000 rakyat Palestin. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >