Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi rasmi bina balai polis $10.7j di ibu kota baru

Dec 22, 2023 | 03:17 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo mengetuai majlis pecah tanah bagi pembinaan balai polis di Daerah Pemerintah Pusat Nusantara (KIPP), ibu negara baru yang dirancang itu.


Projek itu akan menelan belanja sebesar 160 bilion rupiah ($13.7 juta), menurut laporan akhbar, The Jakarta Post.


Encik Jokowi memulakan lawatannya ke Nusantara pada 20 Disember dan merasmikan beberapa projek pembinaan tambahan sehari selepas ketibaannya itu.

Balai polis itu, yang akan menjadi pangkalan bagi 750 anggota yang ditempatkan di enam kawasan baru, akan terletak di kawasan seluas 12 hektar, di ibu negara Nusantara yang dirancang itu.

Pembinaan ibu pejabat polis baru itu akan mengambil masa sembilan bulan dan menelan belanja 160 bilion rupiah, kata Encik Jokowi dalam ucapannya semasa majlis pecah tanah itu.

Dengan penempatan ratusan anggota polis dan pemasangan teknologi pengawasan terkini, Encik Jokowi berharap Nusantara tidak akan bergelut dengan masalah jenayah.

“Ibu kota Nusantara sepatutnya menjadi contoh bandar tanpa jenayah supaya penghuninya dapat dilindungi sepenuhnya,” kata Encik Jokowi.

Beliau juga mahu pembangunan itu mematuhi prinsip hijau dan menggalakkan kemampanan.

Sebagai sebahagian daripada perjalanannya sekarang, Encik Jokowi turut dijadual merasmikan pembinaan sebuah hospital besar dan kompleks pangsapuri untuk penjawat awam.

Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, yang menyertai kunjungan Encik Jokowi pada majlis pecah tanah dan dalam lawatannya ke Nusantara, turut berikrar bahawa keselamatan di Nusantara akan menjadi keutamaan.

“Kami komited untuk mengekalkan keamanan dan menyediakan perlindungan untuk semua orang di negara ini, termasuk mereka yang tinggal di lokasi strategik seperti Nusantara,” kata Jeneral Listyo.

Dalam beberapa bulan lalu, pentadbiran Encik Jokowi telah meningkatkan projek pembinaan di ibu kota baru yang dirancang itu.

Pada November, beliau melancarkan 10 projek bernilai 12.5 trilion rupiah semasa lawatan ke Nusantara.

Semasa lawatan itu juga, Encik Jokowi merasmikan pembinaan lapangan terbang seluas 347 hektar, yang dijadualkan dibuka menjelang Disember 2024, dengan kos keseluruhan 4.2 trilion rupiah.

Pemerintah berharap untuk membuka hospital bertaraf antarabangsa yang dibina oleh pengendali hospital Indonesia, Mayapada, pada separuh kedua 2024.

Encik Jokowi turut memeriksa kerja pembinaan di jalan tol sepanjang 57 kilometer untuk menghubungkan Nusantara ke hab arang batu Balikpapan yang dijangka boleh digunakan menjelang Jun 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >