Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi tegas pendirian kekal berkecuali dalam kempen pilihan raya

Feb 08, 2024 | 02:24 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, mengulangi pendiriannya pada 7 Februari bahawa beliau akan mengelak daripada menyertai perhimpunan kempen, walaupun anaknya, Encik Gibran Rakabuming Raka, ikut bertanding sebagai calon naib presiden.


“Saya mengulangi bahawa semua penjawat awam, anggota tentera, polis negara dan Badan Perisikan Negara mesti mengekalkan pengecualian dalam pilihan raya dan menegakkan kedaulatan rakyat,” kata Encik Jokowi semasa lawatan ke Sumatera Utara, dipetik Jakarta Globe.


Klip video kenyataan beliau telah dikongsi di wadah media sosialnya.

“Saya pernah mengatakan sebelum ini bahawa presiden dibenarkan untuk terlibat dalam perhimpunan kempen dan menyediakan asas undang-undang untuk kenyataan saya,” kata Encik Jokowi menjawab pertanyaan wartawan.

“Namun jika anda bertanya sama ada saya akan mengambil bahagian dalam kempen presiden, jawapannya adalah tidak.”

Encik Jokowi berdepan kritikan orang ramai yang kian memuncak berhubung campur tangan politiknya dan sikap tidak berkecuali ketika beliau berkempen untuk calon utama dalam Pilihan Raya Presiden yang akan berlangsung pada 14 Februari 2024.

Di Indonesia, presiden yang tidak bertanding lagi dibenarkan berkempen untuk calon dengan syarat mereka tidak menggunakan sumber negara dan mengambil cuti rasmi untuk berbuat demikian.

Namun kebiasaannya penyandangnya kekal tidak berpihak kepada mana-mana calon.

Kekecohan itu mendorong Encik Jokowi berulang kali menjelaskan pendiriannya, malah menunjukkan kepada wartawan cetakan undang-undang pilihan raya untuk membersihkan namanya.

Encik Jokowi turut menggesa pengundi agar menggunakan hak mereka dalam pilihan raya pada 14 Februari di mana rakyat Indonesia akan memilih presiden, naib presiden serta ahli perundangan di semua peringkat.

“KPU (Suruhanjaya Pilihan Raya Umum), Bawaslu (Badan Pemantau Pilihan Raya), dan kakitangan mereka mesti menjalankan tugas mereka secara profesional dan berwibawa bagi memastikan pelaksanaan setiap undi yang telus,” kata Encik Jokowi.

Beliau, yang telah memegang jawatan Presiden selama dua penggal itu, akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada Oktober dan beliau tidak boleh bertanding semula disebabkan had penggal yang ditetapkan perlembagaan.

Anak beliau, Encik Gibran, adalah pasangan calon presiden Encik Prabowo Subianto, yang kini berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet Encik Jokowi.

Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari akan menyaksikan tiga calon bersaing untuk menggantikan Encik Jokowi.

Mereka terdiri daripada Encik Anies Baswedan, berpasangan dengan Encik Muhaimin Iskandar; Encik Prabowo berpasangan dengan Encik Gibran; dan Encik Ganjar Pranowo yang berpasangan dengan Encik Mahfud MD.

Ketidakpuasan hati dengan tindakan Encik Jokowi juga berlanjutan ke Kabinetnya dengan Ketua Menteri Keselamatan, Encik Mahfud, yang juga calon timbalan presiden, telah meletakkan jawatan.

Setelah melalui perdebatan umum yang hangat serta menyentuh pelbagai isu, ketiga-tiga pasangan calon itu sepakat mengekalkan hubungan baik di antara mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >