Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Kadar kesuburan M’sia terendah sejak 50 tahun lalu

Oct 18, 2023 | 12:09 PM



KUALA LUMPUR: Kadar purata kesuburan keseluruhan (TFR) 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun pada 2022, direkodkan paling rendah sejak lima dekad lalu.


Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata data pada 2022 juga direkod menurun berbanding 1.7 kadar kesuburan pada 2021.

Mengulas kadar terendah itu, beliau berkata TFR pada 1970 direkodkan pada kadar 4.9 anak bagi setiap perempuan.

“Sejak 1970 hingga 2012, TFR negara direkodkan di atas paras penggantian iaitu 2.1 anak, yang menunjukkan purata bilangan anak dilahirkan seorang perempuan sepanjang tempoh kesuburannya mencukupi untuk menggantikan dirinya dan pasangannya.

“Bagaimanapun, TFR mula menurun di bawah paras penggantian bermula 2013 hingga kini. Trend penurunan kadar kesuburan ini berpotensi mengakibatkan krisis demografi seperti penyusutan pertumbuhan penduduk, penuaan penduduk dan kesan terhadap ekonomi dan sosial,” katanya melalui kenyataan yang dilaporkan Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Beliau berkata paras penggantian 2.1 bermaksud purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang perempuan dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak itu melahirkan anak.

Jika paras penggantian kesuburan kekal dalam tempoh yang panjang, setiap generasi secara tepat akan menggantikan dirinya dan pasangannya tanpa mengambil kira migrasi penduduk.

Datuk Mohd Uzir berkata TFR tertinggi dicatatkan etnik Melayu iaitu 2.1 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun pada 2022, manakala Cina merekodkan TFR terendah iaitu 0.8 anak.

Beliau berkata semua negeri merekodkan TFR di bawah paras penggantian kecuali Terengganu (2.9), Kelantan (2.7) dan Pahang (2.1).

Menurutnya, Malaysia bersama beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat (1.7), Australia (1.7), United Kingdom (1.6), Jepun (1.3) dan Korea Selatan (0.8 ) menunjukkan trend kadar kesuburan menurun di bawah paras penggantian.

“Trend sama dapat diperhatikan di negara Asean seperti Vietnam (1.9), Brunei (1.8), Thailand (1.3) dan Singapura (1.1),” katanya.

Mengenai kelahiran hidup, katanya 423,124 direkodkan pada 2022 iaitu menurun 3.8 peratus berbanding 439,774 kelahiran pada 2021, dengan bayi lelaki dilahirkan melebihi perempuan iaitu masing-masing 218,345 dan 204,779.

“Penurunan bilangan kelahiran mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) menurun daripada 13.5 kelahiran pada 2021 kepada 12.9 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2022,” katanya.

Datuk Mohd Uzir berkata semua negeri merekodkan penurunan CBR pada 2022 berbanding 2021, kecuali Sabah yang menunjukkan peningkatan daripada 12.2 kelahiran pada 2012 kepada 12.8 kelahiran pada 2022 bagi setiap 1,000 penduduk.

“CBR tertinggi pada 2022 direkodkan di daerah Song di Sarawak dan Kuala Terengganu di Terengganu dengan kededua daerah merekodkan 24.3 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk. Daerah Kinabatangan di Sabah merekodkan kadar terendah iaitu 4.6 kelahiran,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >