Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kastam Lapangan Terbang Soekarno-Hatta laksana sekatan barangan import

Mar 14, 2024 | 12:16 PM



JAKARTA: Pejabat Kastam dan Eksais Lapangan Terbang Soekarno-Hatta telah merampas ratusan barangan pengguna daripada 21 penumpang dalam tempoh tiga hari, berikutan penguatkuasaan sekatan import bermula 10 Mac 2024.


“Rampasan itu meliputi barangan penumpang seperti beg, alas kaki, pakaian atau tekstil, kosmetik, dan makanan suplemen,” kata Ketua Pejabat Kastam dan Eksais Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Encik Gatot Sugeng Wibowo, dalam satu kenyataan pada 13 Mac.

Barangan itu dirampas kerana ia melebihi had yang ditetapkan menurut peraturan Kementerian Perdagangan ke atas penumpang yang dalam perjalanan dari luar negara.

Penumpang hanya boleh membawa maksimum dua pasang kasut, dua beg, lima unit elektronik dengan nilai keseluruhan AS$1,500 ($1,999), dua unit telefon bimbit serta lima keping produk tekstil.

Dalam tempoh tiga hari, pegawai kastam dan eksais merampas 20 pasang kasut daripada empat penumpang; 14 beg daripada dua penumpang; 490 helai pakaian daripada sembilan penumpang; dan 705 unit pelbagai jenis kosmetik daripada empat penumpang, dengan had 20 unit bagi setiap penumpang.

Pegawai penguat kuasa turut merampas 29 pelbagai jenis ubat dan makanan suplemen daripada dua penumpang kerana nilai maksimum Free On Board (FOB) ialah AS$1,500 bagi setiap penumpang.


Encik Gatot menjelaskan barang rampasan itu boleh dieksport semula ke negara asal sekiranya Pengakuan Kastam Elektronik telah dibentangkan.

“Jika tidak, barang itu akan dikawal oleh pemerintah negeri,” katanya dipetik Tempo.Co.


Beliau menambah bahawa mereka yang berniat melancong ke luar negeri agar mematuhi peraturan yang membatasi jumlah barang yang boleh dibawa pulang bagi mengelak kerugian apabila barang tersebut dilarang masuk ke Indonesia.

“Selain itu, penumpang yang dalam perjalanan ke Indonesia dinasihatkan agar mengisytiharkan keseluruhan bagasi mereka melalui pengisytiharan kastam elektronik supaya pengeksportan semula boleh dilakukan sekiranya terdapat apa-apa barang yang dilarang,” kata Encik Gatot. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >