Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran berhampiran lapangan terbang bandar di Perancis

Jul 26, 2023 | 05:43 PM



NICE (Perancis): Hampir 100 anggota bomba menggunakan helikopter untuk mengawal kebakaran di kawasan perbandaran Perancis, Cagnes-sur-Mer dan Villeneuve-Loubet, berhampiran lapangan terbang antarabangsa Nice, kata pegawai pada Selasa.


Menjelang lewat petang, anggota bomba hampir memadamkan kebakaran berhampiran Cagnes-sur-Mer, jurucakap bomba tempatan memberitahu Reuters, sambil menambah bahawa operasi dijangka diteruskan.


Tiada mangsa atau kerosakan ke atas kediaman di situ, kata jurucakap itu.

Menurutnya lagi, pihak berkuasa penerbangan awam Perancis (DGAC) berkata “tiada kesan ke atas penerbangan buat masa ini”.

Kebakaran itu menjejas kawasan tidak berpenghuni berhampiran lebuh raya, kata seorang pegawai dewan bandaran tempatan.

Lalulintas di lebuh raya dan laluan kereta api terganggu, kata polis Nice di rangkaian media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Cuaca ekstrem sepanjang Julai telah menyebabkan malapetaka di seluruh planet ini, dengan rekod suhu di China, Amerika Syarikat dan Eropah selatan mencetuskan kebakaran hutan, pemindahan, kekurangan air dan peningkatan kemasukan ke hospital berkaitan haba.

Wilayah Provence-Alpes-Cote-d’Azur, yang menempatkan bandar-bandar besar seperti Marseille, Nice dan Aix-en-Provence, sedang diawasi dengan teliti di tengah-tengah kelaziman suhu tinggi dan angin kencang di kawasan yang terdedah kepada kebakaran hutan.

Jabatan Bouches-du-Rhone pada Selasa diletakkan di bawah “amaran merah”, dengan pihak berkuasa melihat “risiko sangat tinggi” terjadinya kebakaran hutan.

Lebih 300 anggota bomba sedang bertungkus-lumus untuk mengawal kebakaran berhampiran bandar Arles, kata polis.

Terdapat beberapa bencana kebakaran di tenggara Perancis pada petang Selasa, dan pihak berkuasa menutup akses ke taman dan pasar untuk mengurangkan risiko kepada penduduk, menurut laporan akhbar Nice, Matin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >