Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan Perpaduan M’sia kukuh, sukar digugat: Anwar

Jul 30, 2023 | 02:54 PM



SHAH ALAM: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan Kerajaan Perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika ini adalah kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.


Beliau, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lalu, kesepaduan semua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai Jemaah Menteri kini bertambah utuh dan sukar diganggu-gugat.

“Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

“Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos ini… ini semua sembang sahaja.

“Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada,” katanya pada majlis Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Subang Bestari lewat malam Sabtu.

Hadir sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta dua calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Encik Muhammad Izuan Ahmad Kasim, dan DUN Paya Jaras, Emcik Mohd Khairuddin Othman.

Perdana Menteri berkata kestabilan kerajaan kini turut diperkuat dengan kesepaduan serta kesepakatan dua timbalannya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang terus menzahirkan sokongan kepada kekukuhan kerajaan.

Kestabilan kerajaan pimpinannya juga bertambah utuh menerusi komitmen jitu yang ditunjukkan oleh ketua-ketua parti baik PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan serta semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Berhubung PRN Selangor, Datuk Anwar berharap rakyat negeri itu dapat membuat pilihan bijak dengan memilih calon-calon daripada parti yang tekad utama mereka adalah menghapuskan rasuah, salah guna kuasa serta telah terbukti berjaya membangunkan negeri itu sehingga menjadi negeri termaju di Malaysia.

“Dalam hal ini, saya yakin rakyat Selangor tahu menilai dan akan menyokong calon-calon daripada PH-BN bagi menjamin kesinambungan pentadbiran baik kerajaan negeri ketika ini,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin, membidas kenyataan pemimpin Bersatu yang mendakwa parti pembangkang boleh membangunkan Selangor menjadi ‘Super State’ (negeri hebat) sekiranya mereka mentadbir kerajaan selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Datuk Amirudin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang membuat kenyataan itu perlukan perancangan menyeluruh untuk membangunkan Selangor menjadi negeri hebat.

Tegasnya, Selangor di bawah jagaan beliau sudah pun menjadi negeri hebat terutama melalui pelaksanaan rancangan Selangor Pertama negeri berkenaan.


“Mereka (pembangkang) sentiasa bercakap tentang perubahan tetapi saya tidak pernah mendengar rancangan mereka.

“Mereka kata mahu menjadikan Selangor sebagai super state tetapi bagaimana? Bagi saya, saya tidak perlu menunggu Belanjawan atau pilihan raya baru. Tahun lalu, saya melaksanakan rancangan Selangor Pertama yang membabitkan lebih 200 projek,” katanya ketika berucap dalam ceramah yang sama.


Tambahnya, berikutan Selangor kini menyumbang kepada 25 peratus ekonomi negara, keutamaan sepatutnya adalah untuk meneruskan pembangunannya.

Terdahulu, Datuk Saifuddin dipetik sebagai berkata Perikatan Nasional (PN) akan memastikan Selangor dibangunkan sepenuhnya jika ia memenangi pilihan raya akan datang di negeri itu.

Datuk Saifuddin berkata Datuk Amirudin gagal merealisasikan visi ‘super state’. Ketua PH Selangor itu juga perlu menumpukan perhatian kepada membangunkan negeri dan bukannya bermegah-megah dengan kemenangannya ke atas Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut Datuk Saifuddin, visi untuk membina Selangor sebagai ‘super state’ sudah wujud ketika Datuk Azmin menjadi menteri besar, tetapi Datuk Amirudin, penggantinya, gagal merealisasikannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >