Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes 1MDB: M’sia tuntut bekas pegawai bank dihantar pulang

Sep 06, 2023 | 02:15 PM



NEW YORK: Malaysia mahu bekas pegawai bank Goldman Sachs yang disabitkan kesalahan di New York kerana membantu merompak berbilion dolar daripada dana kekayaan negara Malaysia, 1MDB, dihantar pulang ke negara itu sebelum memulakan hukuman penjara 10 tahun di Amerika Syarikat.


Dalam suratnya pada Selasa kepada Hakim Daerah Amerika, Encik Margo Brodie, di Brooklyn, pendakwa raya persekutuan meminta penangguhan sebulan bagi penyerahan Roger Ng yang dijadualkan pada 6 September, supaya mereka boleh berbincang dengan Kuala Lumpur agar dia dibicarakan terlebih dahulu di Malaysia.

“Amerika Syarikat juga sedang berusaha untuk memastikan prosedur yang mengawal kepulangan defendan ke Malaysia tidak akan melengahkan pelaksanaan hukumannya di Amerika,” kata pendakwa raya itu.

Peguam Ng bersetuju dengan penangguhan sebulan, kata pendakwa raya. Namun, salah seorang peguamnya, Encik Marc Agnifilo, enggan mengulas.

Kes itu berpunca daripada penjualan bon 1MDB bernilai kira-kira AS$6.5 bilion ($8.85 bilion) dengan bantuan Goldman pada 2012 dan 2013.

Pendakwa raya Amerika berkata AS$4.5 bilion daripada jumlah itu digelapkan oleh pegawai, juru bank dan sekutu mereka.

Ng, 51 tahun, disabitkan bersalah pada Mac 2022 atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Hakim Brodie menyifatkan penyelewengan itu sebagai “jenayah tamak” apabila menjatuhkan hukuman ke atas Ng, setahun kemudian.

Dalam perbicaraan mahkamah pada Ogos, pendakwa raya Amerika, Encik Drew Rolle, berkata Ng boleh diserahkan kepada Malaysia untuk dibicarakan di sana, sebaik sahaja dia berada dalam tahanan Amerika.

Encik Agnifilo berkata Malaysia mahu kerjasama Ng dalam siasatan 1MDB yang sedang dijalankan. Ng ditangkap di Malaysia pada November 2018 dan bersetuju untuk diekstradisi ke Amerika tiga bulan kemudian.

Dalam surat berasingan kepada Hakim Brodie pada Selasa, peguam yang dilantik pada September oleh kerajaan Malaysia berkata Amerika telah “mengetepikan” komitmennya berhubung penyerahan Ng.

Peguam itu menyifatkan perkara itu sebagai “isu yang sangat serius”.

Seorang lagi pegawai bank Goldman, bekas bos Ng, Tim Leissner, mengaku bersalah dan memberi keterangan terhadap Ng semasa perbicaraan. Dia belum dijatuhkan hukuman. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >