Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

10 warga asing didakwa pelbagai kes jenayah; wang, aset sekitar $1b ditemui

Aug 17, 2023 | 05:38 PM



Seramai 10 warga asing dari negara termasuk China, Turkey dan Kemboja didakwa di mahkamah pada Rabu atas penglibatan mereka dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk pemalsuan, pengubahan wang haram dan menentang penahanan.

Warga asing tersebut berusia antara 31 dengan 44 tahun itu ditahan pada pagi Selasa menyusuli serbuan di serata Singapura oleh sekitar 400 anggota dan pegawai penguatkuasa, menurut laporan akhbar The Straits Times.

Mereka dipercayai saling berhubungan antara satu sama lain, dan tiada seorang pun merupakan warga Singapura atau penduduk tetap (PR).

Timbalan Pendakwa Raya, Encik David Koh, membuat permohonan untuk mendakwa 10 orang pada 5 petang Rabu, dalam prosiding mahkamah yang jarang berlaku melibatkan kesalahan sedemikian.

Yang pertama hadir di depan Hakim Daerah, Encik Terence Tay, adalah Su Haijin, 40 tahun, seorang warga Cyprus, yang dituduh cuba menentang penahanannya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ewart Park berdekatan Holland Road.

Selepas penahanan Su, menurut polis, mereka merampas wang tunai melebihi $2.1 juta dan mengeluarkan perintah larangan pelupusan bagi 13 hartanah dan lima kenderaan dengan anggaran nilai melebihi $118 juta.

Pihak berkuasa juga membekukan empat akaun bank yang berkaitan, dengan jumlah mencecah lebih $6.7 juta.

Satu pasangan warga China, Zhang Ruijin, 44 tahun, dan seorang wanita yang dirujuk sebagai kekasihnya, Lin Baoying, 43 tahun, masing-masing berdepan satu pertuduhan pemalsuan.

Menurut polis, pihak berkuasa merampas wang tunai melebihi $7.6 juta dan mengeluarkan perintah larangan pelupusan untuk sembilan hartanah dan lima kenderaan dengan anggaran nilai melebihi $106 juta.

Warga Kemboja, Chen Qingyuan, 33 tahun, didakwa dengan pengubahan wang.

Polis merampas wang tunai bernilai hampir $600,000 dan mata wang lain, 23 barang kemas dan enam jam tangan mewah.

Su Baolin, 41 tahun, warga Kemboja, didakwa menggunakan dokumen palsu.

Barangan yang dirampas termasuk wang tunai melebihi $777,000, 33 beg dan jam tangan mewah dan 75 barang kemas.

Polis membekukan tiga akaun bank berkaitan dengan jumlah melebihi $2.4 juta.

Seorang warga Kemboja berusia 31 tahun menghadapi satu pertuduhan pengubahan wang.

Polis merampas wang tunai melebihi $600,000 dan 11 barang kemas.

Polis membekukan lapan akaun bank berkenaan berjumlah melebihi $10 juta.

Wang Dehai, warga Cyprus berusia 34 tahun, didakwa dengan satu pertuduhan pengubahan wang haram.

Polis merampas wang tunai melebihi $2.2 juta, 35 jam tangan dan beg mewah dan 51 barang kemas.

Warga Ni-Vanuatu, Su Jianfeng, 35 tahun, didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Pegawai merampas melebihi $1.4 juta wang tunai, 95 barang kemas dan 69 beg dan jam tangah mewah.

Warga Turkey, Vang Shuiming, 42 tahun didakwa dengan satu pertuduhan menggunakan dokumen palsu.

Polis merampas wang tunai bernilai hampir $720,000, 36 jam tangan dan beg mewah.

Wang Baosen, 31 tahun, warga China didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram.

Polis merampas wang tunai bernilai hampir $112,000.

Kes yang membabitkan kesemua 10 orang itu telah ditangguhkan ke minggu depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >