Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lapan diselamatkan selepas ‘tergantung’ dalam kereta kabel selama 15 jam di Pakistan

Aug 23, 2023 | 11:57 AM



ISLAMABAD: Komando tentera Pakistan dan sukarelawan tempatan berjaya menyelamatkan kesemua lapan individu, termasuk enam pelajar sekolah, yang terperangkap dalam kereta kabel yang rosak selama 15 jam.


Kejadian berlaku sekitar 7 pagi Selasa apabila tiga kabel keluli kereta kabel yang mereka naiki untuk melintasi jurang antara dua gunung terputus, menyebabkan mereka terperangkap di udara, kata pegawai polis tempatan, Encik Tahir Ayub.

Perdana Menteri, Encik Anwar-ul-Haq Kakar, mengumumkan operasi yang berjaya sekitar 11 malam Selasa waktu Pakistan.

Tentera Pakistan menggunakan helikopter untuk menyelamatkan pelajar dan seorang guru yang terperangkap itu.

Pegawai daerah, Encik Shah Fahad, mengesahkan mereka diselamatkan satu demi satu ketika senja menjelang sedang kawasan itu mula diselubungi kegelapan.

Pelajar-pelajar tersebut sedang menggunakan kerusi pengangkat kereta kabel untuk merentasi lembah dalam perjalanan ke sekolah apabila salah satu kabel terputus pada ketinggian sekitar 365 meter, di kawasan gunung terpencil Battagram, di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

“Sudah hampir lima jam kami tergantung di udara. Keadaan amat buruk hingga menyebabkan seorang pelajar pengsan.

“Sebuah helikopter mendekati kami, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. Tolong bantu kami,” ujar Gulfraz, salah seorang yang terperangkap dalam kereta kabel, kepada stesen televisyen Pakistan, Geo News, melalui telefon.


Tragedi tersebut berlaku sekitar 7 pagi waktu tempatan, yang menggerakkan penduduk kampung menggunakan pembesar suara di masjid untuk memberitahu pihak berkuasa di seberang lembah.

“Kereta kabel ini tergantung hanya dengan menggunakan satu kabel. Terdapat sekurang-kurangnya lapan penumpang, termasuk tujuh pelajar berusia antara 10 dengan 15 tahun, serta seorang guru,” kata pegawai agensi penyelamat daerah, Encik Abdul Basit Khan, kepada AFP.


Kumpulan tersebut tergantung di udara selama lebih empat jam apabila sebuah helikopter tentera Pakistan tiba di lokasi, seperti yang ditunjukkan dalam imej di televisyen.

“Kereta kabel ini terkandas di kawasan yang tidak dapat diakses tanpa bantuan helikopter,” kata pegawai perkhidmatan kecemasan Pakistan 1122, Encik Zulfiqar Khan, kepada AFP.


Kabel terbabit tergantung di tengah lembah yang dalam, dikelilingi gunung-ganang yang menjadikannya kereta kabel penting sebagai penghubung antara pekan dengan kawasan terpencil.

Dua helikopter telah digunakan untuk menstabilkan kedudukan kereta kabel dan menyelamatkan mangsa selepas cubaan-cubaan awal untuk membaikinya gagal.

Operasi menyelamat menghadapi cabaran dengan angin kencang serta risiko bilah helikopter tersentuh kabel yang masih ada.

Komando pula mencuba untuk kali ketiga dalam keadaan yang semakin gelap sebelum mereka berjaya mendekati kereta kabel tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >