Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 100j rakyat AS diberi amaran musim sejuk melampau

Jan 15, 2024 | 07:59 PM



WASHINGTON: Lebih daripada 100 juta penduduk di Amerika Syarikat berada di bawah amaran atau nasihat angin sejuk melampau pada Ahad, ketika “letupan Artik” menyelubungi sebahagian besar negara itu manakala bahagian selatan dijangka dihujani salji dan di Timur Laut pula menghadapi ancaman ribut yang didorong angin kencang.


Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika melaporkan bacaan angin sejuk pada Ahad, iaitu 19 darjah di bawah sifar di Arkansas; 9 darjah di bawah sifar di Dallas dan 60 darjah di bawah sifar di Montana.

Rapid City mencatatkan rekod terendah sebelumnya iaitu 23 darjah di bawah sifar, menurut ramalan cuaca. Suhu rendah dijangka mencengkam kebanyakan bahagian negara itu sepanjang pertengahan minggu ini.

“Angin sejuk ini akan menimbulkan risiko radang dingin pada kulit yang terdedah, dan hipotermia,” kata Perkhidmatan Cuaca. “Sediakan kit keselamatan jika anda perlu melakukan perjalanan.”

Cuaca yang melampau telah terbukti berbahaya. Angin kencang menumbangkan sebatang pokok yang menghempap sebuah rumah di barat laut Tasik Oswego, Oregon, pada pagi 13 Januari, mengorbankan seorang lelaki, kata Sarjan Tom Harper dari Jabatan Polis Tasik Oswego.

Lebih 100 batang pokok tumbang di kawasan itu pada hujung minggu, katanya.

Di Oregon juga, pasukan Bomba dan Penyelamat Portland menghadapi kesulitan untuk sampai ke tempat kejadian – kebakaran di bahagian tenggara bandar – disebabkan penutupan jalan akibat talian elektrik terputus dan pokok tumbang.

Kenderaan kecemasan terpaksa bergerak perlahan kerana permukaan jalan yang licin, kata Encik Terry Foster, dari pasukan bomba.

Sebuah dapur api terbuka sedang digunakan untuk tujuan pemanasan dan sebatang pokok tumbang di atasnya, menyebabkan api marak.

Seorang wanita berusia awal 30-an maut manakala tiga lagi yang berada dalam kenderaan berjaya menyelamatkan diri.

Setakat petang 14 Januari, Oregon mengalami gangguan bekalan elektrik yang meluas dengan hampir 130,000 pelanggan tanpa bekalan elektrik.

Pennsylvania mempunyai jumlah gangguan kedua tertinggi, dengan lebih daripada 37,000 pelanggan tanpa bekalan elektrik, menurut Poweroutage.us.

Di Nashville, keadaan di lebuh raya I-40 semakin buruk apabila salji yang turun dengan cepat terkumpul di jalan raya pada malam Ahad.

“Usah keluar rumah jika boleh,” kata Jabatan Pengangkutan Tennessee di media sosial. “Keadaan akan menjadi lebih buruk.”

Suhu pada 14 Januari dan 15 Januari berkemungkinan 20 hingga 40 darjah di bawah sifar dari Montana ke Texas.


Maklumat peringatan tentang angin kuat, yang disiarkan pada Ahad meliputi kawasan metropolitan Philadelphia dan menghala ke timur dan ke utara pantai New Jersey.

Kesan salji juga merupakan ancaman pada hujung minggu ini di wilayah Great Lakes dengan potensi menyelubungi wilayah Michigan, Wisconsin dan utara New York. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >