Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah Ukraine tahan usahawan sebab kes tipu, ubah wang

Sep 03, 2023 | 03:06 PM



KYIV: Sebuah mahkamah Ukraine telah mengarahkan agar usahawan, Encik Ihor Kolomoisky, ditahan selama dua bulan kerana disyaki terlibat dalam kes menipu dan pengubahan wang haram, pada Sabtu.


Penahanan Encik Kolomoisky, yang diletakkan di bawah sekatan Amerika Syarikat dan pernah menjadi penyokong Presiden Volodymyr Zelensky dalam pilihan raya 2019, dibuat sedang Kyiv cuba memberi isyarat mengenai usaha membasmi rasuah yang dilakukan dalam negara itu sedang ia diceroboh Russia.

Peguam bela berkata Encik Kolomoisky akan membuat rayuan terhadap penahanan itu, dengan menyoal kesahihannya.

Namun beliau tidak akan membayar ikat jamin hampir AS$14 juta ($19 juta) agar beliau dibebaskan, menurut penyiar Radio Liberty.


Selepas satu perbicaraan di mahkamah daerah di Kyiv lewat Sabtu, Encik Kolomoisky, salah seorang usahawan paling kaya di Ukraine, dibawa pergi. Beliau kemudian tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine mengumumkan kes tersebut terhadap Encik Kolomoisky pada pagi Sabtu, dengan menyiarkan gambarnya di Telegram Messenger yang menunjukkan beliau diberi dokumen oleh pegawai keselamatan dan menandatanganinya.

“Antara 2013 dengan 2020, (Encik) Ihor Kolomoisky telah mengeluarkan sejumlah satu bilion hryvnias ($21.7 juta) di luar negara dan menggunakan prasarana bank di bawah kawalannya,” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >