Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Masih banyak perlu dilakukan bagi pulihkan hubungan Israel-Saudi: AS

Sep 08, 2023 | 04:07 PM



WASHINGTON: Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, berkata pada Khamis bahawa Amerika Syarikat, Israel dan Arab Saudi telah mempunyai idea umum tentang elemen utama dalam perjanjian untuk memulihkan hubungan antara Baitulmakdis dengan Riyadh.


Namun beliau menekankan masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum perjanjian pemulihan itu boleh ditandatangani.

“Banyak elemen laluan ke normalisasi kini berada di atas meja. Kami tidak mempunyai rangka kerja, kami tidak mempunyai syarat yang sedia untuk ditandatangani.

“Masih ada kerja yang perlu dilakukan,” kata Encik Sullivan kepada pemberita di Air Force One, ketika memberikan taklimat kunjungan Presiden Amerika, Encik Joe Biden,ke India untuk menghadiri Sidang Puncak G20 di New Delhi pada hujung minggu ini.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pembantu utama Encik Biden telah berusaha untuk meredakan jangkaan perjanjian yang akan berlaku, tetapi pada Khamis, pihak-pihak yang terlibat telah dilihat mencapai “pemahaman yang luas tentang banyak perkara penting.”

Sebagai pertukaran untuk memulihkan hubungan dengan Israel, Arab Saudi dikatakan telah meminta pakatan pertahanan utama dengan Amerika, sebagai tambahan kepada kerjasama Amerika dalam mewujudkan program nuklear awamnya sendiri.

Washington pula sedang cuba mendapatkan Riyadh untuk menggandingkan urusan ekonomi dan ketenteraan dengan China dan Russia.

Untuk meningkatkan sokongan terhadap perjanjian itu dalam kalangan anggota Demokrat kongres Amerika, orang ramai yang pro-Palestin di Arab Saudi dan dunia Islam yang lebih luas – Israel mungkin akan diminta menawarkan konsesi penting kepada Palestin yang akan memajukan penyelesaian dua negara.

Namun langkah itu dilihat sebagai sesuatu yang sukar untuk diterima oleh pemerintah berpendirian tegar, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu.

Awal minggu ini, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, mengadakan panggilan telefon dengan Encik Netanyahu dan Presiden Penguasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, buat beberapa jam antara satu sama lain bagi membincangkan kemungkinan perjanjian normalisasi.

Encik Sullivan berkata selepas itu, bahawa walaupun panggilan telefon Encik Blinken dengan Encik Netanyahu dan Encik Abbas adalah lebih daripada sekadar rutin, mereka tidak “meramalkan sebarang kejayaan atau tindakan yang akan berlaku berkenaan dengan persoalan normalisasi”.

Washington dan Ramallah menghantar delegasi pegawai kanan ke Arab Saudi minggu ini untuk perbincangan mengenai kemungkinan perjanjian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >